SEORANG pakar perbidanan membantu isteri satu pasangan di China untuk hamil sebaik sahaja dia mengetahui masalah mereka.
Pasangan itu, yang sudah berkahwin selama empat tahun, rupa-rupanya melakukan hubungan seks dengan cara yang salah.
Mereka telah mendapatkan bantuan pakar perbidanan, Dr Liu Hongmei yang terkejut apabila mengetahui isterinya masih dara, lapor Guiyang Evening Post China dan diterjemahkan oleh portal Mirror.
Pasangan yang tidak dinamakan itu, berusia 26 dan 24 tahun, dari bandar Bijie di wilayah Guizhou barat daya China itu gagal hamil walaupun mereka kerap melakukan hubungan seks sejak empat tahun lalu.
“Keluarga memberi mereka banyak tekanan kerana itu,” kata Dr Liu, yang menambah bahawa si isteri memberitahu bahawa hubungan seks dengan suaminya adalah ‘luar biasa menyakitkan’.
Selepas menolak kemungkinan isteri itu menghidap penyakit sakit puan kerana masih dara, Hongmei memutuskan untuk memeriksa dubur wanita itu.
Ternyata, punca pasangan itu gagal hamil adalah kerana mereka melakukan hubungan seks melalui ‘jalan belakang’ selama itu.
“Empat tahun berkahwin dan suami atau isteri tidak tahu cara untuk hamil. Pasangan yang kurang pengetahuan am sangat jarang berlaku.
“Tetapi bukan tidak biasa orang ramai kekurangan atau mempunyai salah tanggapan mengenai pengetahuan seksual,” katanya.
Doktor kemudiannya memberikan buku panduan pendidikan seks kepada pasangan itu bersama beberapa nasihat dan bimbingan.
Bantuan itu menyebabkan si isteri akhirnya hamil.
Selepas kehamilan itu, pasangan itu memberi hadiah 100 biji telur dan seekor ayam hidup kepada doktor yang kini sudah bersara.