HomeBeritaMahkamah & JenayahLelaki tayang kemaluan di tempat awam ditahan

Lelaki tayang kemaluan di tempat awam ditahan

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki atas kesalahan menayang kemaluannya terhadap seorang wanita di parkir kenderaan sehingga video perbuatannya itu tular di media sosial.

Tangkapan ke atas lelaki warga tempatan berusia lingkungan 50-an berkenaan dilakukan di sebuah premis di Jalan Aston, jam 3.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner, Tan Cheng San berkata, penahanan suspek dibuat ekoran polis menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

“Mangsa (pemandu wanita) tampil membuat laporan polis susulan insiden menimpanya.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam (pagi ini) untuk mendapatkan perintah reman sekali gus membolehkan siasatan dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Maklumnya, suspek disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Kelmarin, media melaporkan polis mengesan seorang lelaki yang menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di parkir di sebuah restoran makanan segera di Alma, di sini.

Perkara itu susulan video tular di media sosial berhubung kejadian tidak senonoh itu.

Dalam video berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran palsu menghampiri sebuah kereta dipandu seorang wanita warga tempatan.

Lelaki itu kemudian membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluan ke arah wanita terbabit sebelum beredar.

Author

Pilihan Editor