CYBERJAYA: Kehadiran Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berserta kerabat diraja di bumi Sabah dan Sarawak nyata melakar memori indah buat penduduk setempat.
Ramai yang setia menanti di tepi jalan tidak kira panas atau hujan demi bertentang mata, merakam video dan ‘selfie’ bersama Baginda dan kerabat diraja.
Baru-baru ini, tular sekeping foto memaparkan seorang wanita yang berjaya bergambar dengan empat orang kerabat diraja.
Menerusi perkongsian di Facebook Haryatee Harith, dipercayai wanita dalam foto itu adalah ibunya yang bertuah bersemuka dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta kerabat diraja menerusi Kembara Kenali Borneo.
Foto berkenaan memaparkan koleksi gambar ibunya bersama dengan Agong serta anakandanya iaitu Tengku Hassanal, Tengku Amir dan Tengku Ahmad.
“Mak lamak dah rancang. Kamek orang jak yang lalai. Mok merajuk pun sik dapat. Mak kan,” tulis Haryatee di ruangan kapsyen hantara foto itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net berasa cemburu dengan ibu Haryatee yang berjaya berfoto dengan empat orang figura penting itu.
Malah, ada yang berseloroh mengatakan ibunya adalah pemenang ‘selfie challenge’ dalam Kembara Kenali Borneo itu.
“The winner…beri dgn mak ktk.. hahaha complete nya selfie, kacak2 gik gmbr ya,” tulis netizen.
“Paling win selfie setakat tok, terbaek mokcik. Nok duduk sekerusi ya, entak kaki empuan dara nangga,” komen seorang lagi warga net.
“Kemenangan di sandang olehhhhhhhh MAKCIK, yang lain kalah tanpa bertanding. Sapu abissss,” seloroh netizen.