HomeHiburanInstagram Nabil Ahmad diserbu netizen lepas sindir Mamat dalam Gegar Vaganza 10

Instagram Nabil Ahmad diserbu netizen lepas sindir Mamat dalam Gegar Vaganza 10

CYBERJAYA: Pengacara Nabil Ahmad, baru-baru ini dikecam netizen apabila secara berseloroh tentang ketiadaan vokalis Exist, Mamat semasa mengacarakan konsert minggu pertama All Stars Gegar Vaganza (GV10) baru-baru ini.

Menerusi sedutan video yang dikongsi pengguna TikTok, pengacara bersama, Elly Mazlein bergurau dengan mempersoalkan ketiadaan Mamat dalam pertandingan sedangkan Ezad Lazim berjaya menempatkan diri sebagai peserta hot seat GV10.

“Memanglah minat Exist, ingatkan Mamat,” kata Elly dalam nada merajuk.

Nabil kemudian dilihat mempertahankan Ezad dengan mengatakan Mamat berada di tempat yang lebih tinggi.

“Jangan cakap macam tu, Ezad ada kat sini tau. Abang Mamat kita tak dapat sebab dia berada tempat yang lebih tinggi,” ujar Nabil.

Namun begitu, gurauan berlapik Nabil pantas disambut Jihan Muse dan dapat dilihat riak muka Jihan seperti memberi amaran kepada Nabil.

“Ah ye, dia (Mamat) tengah hiking,” balas Jihan.

Sedutan video tersebut nyata meraih perhatian warga net yang rata-ratanya memberi reaksi kurang senang dengan sindiran Nabil itu.

“Tak perlu malukan Mamat macam tu, ujian untuk dia. Belum kena dekat keluarga atau anak sendiri tak tau. Jangan kerana korang tengah senang nak sindir orang lain,” bidas netizen.

Malah, selepas rancangan realiti itu ditayangkan, ruangan komen di hantaran Instagram Nabil diserbu warga net.

Bang, segala yang kita ada ni Allah bagi ‘pinjam’ je… Jangan sesekali malukan orang lain. Jaga bahasa, kita ni orang Melayu beragama Islam… say good-good only bangsay sorry to those you hurt,” nasihat netizen

“Jangan berasa kita yang paling baik duk perli orang sesuka hati,” selar pengguna Instagram.

“Nak berhibur tapi jangan hina orang nanti Allah balas,” komen pengguna internet.

Author

Pilihan Editor