HomeBeritaViralIsteri hidap kanser, suami sanggup botak bersama!

Isteri hidap kanser, suami sanggup botak bersama!

CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki turut membotakkan rambutnya sebagai tanda sokongan moral terhadap isterinya yang terpaksa membotakkan rambut kerana menghidap penyakit kanser.

Menerusi perkongsian TikTok @Erol Azis, dilihat si suami sedang mencukur rambut isterinya.

Namun begitu, lebih mengundang sebak ramai pihak apabila suaminya turut bertindak membotakkan rambutnya lantas membuatkan si isteri menitiskan air mata.

Difahamkan, isterinya yang dikenali sebagai Liza sedang menderita kanser ovari tahap 1C.

@japan_clothing.co

Cancer fighter !! All people luv u…. #cancer #cancerfighter #chemo

♬ original sound – MKM14 – MKM14

Dalam pada itu, ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan kata-kata semangat oleh pengguna TikTok terutama pejuang kanser.

“Aku doakan kepada semua cancer fighter yang berada disini agar dipermudahkan segala urusan dan semoga cepat sembuh… anda semua kuat dan hebat,” doa netizen.

“Semoga isteri abang cepat sembuh dari cancer ye. Isteri saya juga cancer fighter bang. sama-sama kena kuat ok,” komen netizen.a

“Cancer fighter hadir! Semoga terus kuat! Keep spirit high! Jangan pernah mengalah! Choose busy living not busy dying! Lawan sampai habis,” kongsi netizen.

Author

Pilihan Editor