PELAKON, Mawar Rashid membuat kejutan dengan memuat naik gambarnya yang tidak lagi mengenakan tudung di Instagram.
Menerusi ruangan kapsyen gambar tersebut, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29 menyifatkan dirinya sudah mencuba tetapi gagal selain memohon maaf.
“I tried. But I failed. I’m sorry,” tulisnya.
Bagaimanapun, ibu kepada tiga cahaya mata itu menutup ruangan komen di hantaran terbabit untuk mengelakkan dirinya menjadi bualan warga net.
Malah, di Instagram story, Mawar menyatakan dia ingin berehat seketika dan akan kembali semula apabila sudah bersedia.
“Goodbye world. Will be back when I’m mentally ready. Love you guys always,” luahnya.
Terdahulu, isteri kepada Raf Yaakob itu terbuka hati untuk mengenakan tudung pada Ogos 2020 selepas mendalami ilmu agama di Kelantan.
Sementara itu, peminatnya menerusi platform media sosial meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui artis kesayangan mereka tidak lagi mengenakan hijab.
“I adore Mawar Rashid so much pakai tudung sebab dia cantik! ni dah bukak tudung,” luah pengguna aplikasi X.
“Mawar Rashid dah freehair balik dah la minat dia dari dia single kahwin ada anak,” kongsi netizen.
“Laaa terkejut Mawar Rashid dah freehair balik,” tulis netizen.