HomeHiburanDituduh hamilkan gadis, Aniq Suhair serah kepada peguam

Dituduh hamilkan gadis, Aniq Suhair serah kepada peguam

PELAKON, Aniq Suhair menyifatkan tuduhan dia menghamilkan dan meminta seorang gadis menggugurkan kandungan hanyalah untuk merosakkan reputasi dan nama baiknya sebagai seorang selebriti.

Menerusi hantaran di Instagram, Aniq atau Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, memaklumkan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.

“Saya ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya.

“Saya telah pun mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik saya dan keluarga, termasuklah memulakan tindakan saman,” katanya.

Pelakon Sekali Lagi Cinta Kembali itu enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada proses undang-undang.

“Atas nasihat peguam saya, saya tak dapat beri komen lanjut kerana akan menjejaskan proses undang-undang.

“Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat,” jelasnya.

Sebelum ini tular di platform TikTok apabila seorang wanita mendakwa Aniq Suhair enggan bertanggungjawab selepas menghamilkannya.

Bukan itu itu sahaja, aktor itu juga didakwa meminta wanita berkenaan untuk menggugurkan kandungannya.

Author

Pilihan Editor