SEORANG wanita mengakui tidak serik untuk kerap melakukan pembedahan plastik pada bibirnya, meskipun ia kelihatan lebih hodoh pada pandangan umum.
Vienna Würstel, yang tinggal di Mallorca, Sepanyol, menggelar dirinya sebagai ‘plastik yang hebat’ dengan suntikan ‘filler‘ sebanyak 30 mililiter (ml) pada bibirnya.
Pempengaruh yang memiliki 24,000 pengikut di laman TikTok itu membuatkan orang ramai terkejut dengan saiz bibirnya yang besar.
Walaupun bibirnya menjadi bahan ‘troll’, selain ada yang menyifatkannya sama seperti muncung itik, Vienna masih mahu tampil membesarkan bibirnya.
“Kali terakhir saya menyuntik sebanyak 3CC (3ml), manakala sebelum ini saya pernah dua memiliki 7cc (7ml).
“Ketika ini, terdapat sekitar 30CC (30ml) filler pada bibir saya dan saya harap boleh mendapatkan lebih banyak lagi pada masa akan datang.
“Saya benar-benar berharap agar bibir saya menjadi lebih besar dan saya tidak sabar menunggunya. Ia adalah impian terbesar saya sekarang,” katanya seperti dilapor Daily Mail.
Tak peduli digelar ‘muncung itik’, wanita tetap impi bibir lebih besar
Baca full story kat portal Media Variasi !https://t.co/nzm1UnkEHb#lipfiller #BeautyIssue #lips pic.twitter.com/uddCRBsxRV
— Media Variasi (@mediavariasi_) October 26, 2023
Pada masa sama, sesetengah orang bimbang dan mempersoalkan keselamatan prosedur pembedahan plastik itu.
Namun, wanita itu menegaskan bahawa, pakar bedah plastik yang bertanggungjawab membesarkan bibirnya memiliki kelayakan tinggi.
“Jika mereka tidak berkelayakan tinggi, mereka tidak dapat mendapatkan saiz (bibir) seperti sekarang. Jadi, saya selamat,” tambahnya.
Bagaimanapun, katanya, dia berdepan cabaran untuk makan dan minum dengan saiz bibir besar.
“Saya akan lebih senang makan jika sesuatu makanan bertekstur lembut.
“Tetapi saya berdepan dengan kesukaran untuk minum,” jelasnya.