PARA peminat tegar jam tangan Casio edisi G-Shock, kini berpeluang memiliki jam tangan itu dalam bentuk pemadam.
Casio memaklumkan jam tangan berbentuk pemadam itu berasaskan model DW-5600 dan dihasilkan sempena ulang tahun mereka yang keempat, lapor Amanz.
Rekaan itu hadir beberapa bulan selepas Casio menawarkan siri jam ikonik mereka dalam bentuk cincin.
Malah, pemadam G-Shock itu tampil dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, merah dan kuning dengan saiz 60 peratus daripada saiz asal DW-5600.
Bagaimanapun, setakat ini promosi pemadam G-Shock itu hanya ditawarkan di Jepun sahaja.
Untuk makluman, jam tangan Casio G-Shock sudah berusia 40 tahun dan ia adalah siri jam yang cukup ikonik dan masih diminati ramai kerana kualitinya yang tahan lasak.