HomeBeritaViral'Fitnah! Menjawablah di akhirat!'- Wanita nafi dakwaan pemandu bas perilaku tidak senonoh

‘Fitnah! Menjawablah di akhirat!’- Wanita nafi dakwaan pemandu bas perilaku tidak senonoh

CYBERJAYA: Tular sebuah video di media sosial yang mendakwa seorang pemandu bas wanita sebuah syarikat bas ekspres berkelakuan tidak sepatutnya bersama rakan kerja lelaki ketika sedang mengendali bas dari perjalanan Larkin, Johor ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, semalam.

Video tular itu nyata mendapatkan perhatian warga net sehingga kedua individu itu menerima kecaman teruk.

Bagaimanapun, seorang wanita dipercayai penumpang bas itu tampil menafikan dakwaan terbabit dengan menjelaskan situasi sebenar yang terjadi.

Menerusi akaun di aplikasi X @anisjey, wanita berkenaan menyatakan bahawa dia dan suaminya merupakan saksi yang berada dalam bas itu ketika video tersebut dirakam oleh seorang individu tidak bertanggungjawab.

“Zalim lah saya kalau saya diamkan. Saya dan suami saksi. Lagipun pakcik driver ni berenti solat ye dekat yong peng. Solat atas gazebo hujan2.

“Terkejut jugak saya tetiba nampak video ni berlegar. Tak sangka perangai budak tu macam israhell. Tak pelik la kan dia makan burger McD dlm bus sambil mata melilau kiri kanan dgn selamba nya. I wish i can stop her from record all those fitnah videos,” tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi penumpang bas yang sama,@amirfirdausr turut tampil menyatakan situasi yang terjadi.

“Kenapa la fitnah orang sampai macamni, aku dan isteri duduk bebetul belakang driver bas ni, driver ni bukan bercium pun, dia tolong betulkan radio box dekat belakang seat driver tu haa,” tulisnya bagi mengulas video yang tular itu.

Author

Pilihan Editor