HomeGaya HidupDarah tinggi ‘silent killer’! 5 tips kawal tekanan darah

Darah tinggi ‘silent killer’! 5 tips kawal tekanan darah

MENJAGA kesihatan akan menjadi suatu hal yang mudah jika seseorang itu berdisiplin dalam mengutamakan keperluan tubuh badan.

PENDARAHAN otak bukan sahaja boleh berlaku disebabkan hentakan pada kepala malah, darah tinggi turut menjadi faktor seseorang itu mengalami pendarahan dalam otak.

Menurut Pakar Perubatan Keluarga Medical Mythbusters Malaysia, Dr Amirul Amzar, antara faktor risiko terbesar untuk seseorang terkena pendarahan di dalam otak tanpa apa-apa hentakan pada kepala adalah darah tinggi.

“Sebab itu darah tinggi dipanggil pembunuh senyap (silent killer). Sebab waktu tekanan darah meningkat lebih dari normal, kita tak rasa apa pun.

“Tapi ia merosakkan salur darah dan merisikokan salur darah itu pecah. Bila berlaku, masa tu baru ada tanda-tanda dan waktu itu, mungkin dah terlambat,” kongsi beliau di Facebook miliknya.

Malah, beliau turut menyatakan bahawa 1 dari 3 rakyat Malaysia berisiko mengalami darah tinggi.

Katanya, separuh dari individu berkenaan, tidak sedar  bahawa mereka terdiri dalam kelompok darah tinggi.

“Cuba pergi check tekanan darah dekat farmasi. Kalay lebih 140/90, besar kemungkinan anda ada darah tinggi lah tu.

“Jumpa doktor. Buat saringan kerosakan organ lain. Dapatkan rawatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi lima tips untuk mengawal tekanan darah.

Berikut adalah 5 tips yang boleh diamalkan:

  1. Kurangkan penggunaan garam dan perasa tambahan dalam masakan. Tak kisah lah garam bukit ke, Himalaya ke, MSG ke, sos cili, tomato, ikan ke, kurangkan. Ganti dengan rempah ratus.
  2. Kurangkan makanan berproses dan makanan segera. Tak kira lah dia tulis pilihan lebih sihat ke apa.
  3. Berhenti merokok dan vape. Nikotin dalam keduanya akan meningkatkan tekanan darah dan merosakkan salur darah.
  4. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Kalau boleh, cuba capai 10 000 langkah sehari.
  5. Kalau anda dah kena makan ubat untuk darah tinggi, mohon patuh. Separuh dari penghidap darah tinggi tak patuh dengan ubat. Mereka hanya menyesal bila organ dah rosak. Jangan jadi seperti ini.

Author

Pilihan Editor