HomeHiburan'Saya tahu batas' - Uqasha bidas dakwaan netizen bergambar terlalu rapat dengan...

‘Saya tahu batas’ – Uqasha bidas dakwaan netizen bergambar terlalu rapat dengan UAI

MESKIPUN berkongsi perkara yang baik di media sosial, pelakon, Uqasha Senrose, tidak terlepas daripada komen negatif warga net.

Menerusi hantaran di Instagram, kelihatan Uqasha, 31, bergambar bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI) tatkala menghadiri ceramah beliau baru-baru ini.

“Ya Allah dapat juga jumpa bergambar dengan Ustaz Azhar Idrus. Dah lama sangat minat cara dia berceramah.

“Walaupun demam tak sihat, Sha makan ubat painkiller, pergi drip just to attend ceramah dia. Banyak ilmu dia kongsikan tadi,” tulis Uqasha.

Namun begitu, apa yang menjadi perhatian warga net adalah kedudukan pelakon itu yang didakwa terlalu rapat dengan penceramah popular itu.

“Kalau bergambar dengan orang macam ustaz, ulama ka… janganlah terlalu rapat. Bagi ada ruang sikit antara kita dan ustaz.

“Hormati mereka dan elakkan dari timbul fitnah,” itu antara komen netizen buat isteri kepada pelakon, Kamal Adli, menerusi foto yang dimuat naik bersama (UAI).

Ditegur kerana jarak yang dikatakan terlalu rapat, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa tampil menjelaskan situasi sebenar.

Jelas Uqasha, sudut gambar yang dirakamkan pada saat terbabit sebenarnya tidak langsung menampakkan kedudukan mereka seperti yang didakwa netizen.

“Orang kanan kiri tolak-tolak, jadilah tak balance kami berdua. Tak perlu mulut memandai kalau tak ada dekat tempat tu.

Angle dan sisi awak tengok tu, nampak macam tu. saya tahu batas saya ya,” jawab Uqasha.

Sementara itu, suami Uqasha, Kamal Adli turut tampil mengulas situasi berkenaan.

“Sabar yang lain… kalau rapat sangat saya yang tegur siap-siap dah… itu camera angle saja.

“jangan mudah nak menaip tu ye… kalau rapat sangat pun lari dah ustaz tu. Dahlah cukup lah korang,” tulis Kamal.

Author

Pilihan Editor