HomeGlobalMinat aneh! Simpan lebih 10,000 helaian rambut gugur hampir dua tahun

Minat aneh! Simpan lebih 10,000 helaian rambut gugur hampir dua tahun

SETIAP manusia pasti mempunyai hobi tersendiri sama ada bermain bola, membaca buku atau mungkin mengembara.

Namun, berbeza dengan seorang wanita di kenali Liv, 26, yang mempunyai hobi aneh iaitu mengumpul helaian rambut gugurnya hampir dua tahun!

Menerusi perkongsian portal Ultimate di Facebook, Liv yang turut digelar ‘ratu koleksi rambut’ menyatakan dia mula mendapat idea untuk mengumpul helaian rambut itu selepas melihat rambutnya yang berguguran melekat di sikat rambut.

Menurutnya, setiap helaian rambut itu amat berharga dan seperti satu pembaziran jika rambut itu dibuang begitu sahaja.

Justeru, Liv mengambil keputusan untuk menyimpan satu per satu helaian pada setiap hari sehingga pada hari ke 365, dia berjaya mengumpul sebanyak 10,865 helaian rambut.

Menariknya, meskipun helaian rambut itu sudah tidak berada di kepalanya namun Liv masih menjaga dengan rapi dengan memandikan serta membuat dandanan pada rambutnya.

Liv turut membawa kemana sahaja koleksi simpanan helaian rambutnya yang kini kelihatan seperti rambut palsu meskipun ketika bercuti.

Perkongsian kiraan helaian rambut itu turut dikongsi Liv menerusi media sosialnya pada setiap hari sekali gus menarik perhatian warga net hingga videonya mendapat lebih jutaan tontonan.

“Mereka yang melihat kandungan saya dari mula sentiasa memberi sokongan dengan minat saya.

“Berbeza dengan mereka yang lain, kerana akan keliru dan fikirkan saya seorang yang gila,” kata Liv.

Tambah wanita itu, meskipun pelbagai reaksi diterimanya namun dia percaya koleksi helaian rambutnya itu dapat memberi inspirasi terhadap orang lain untuk menyimpan rambut palsu atau mungkin membuat ‘extensions’.

Author

Pilihan Editor