HomeBeritaMahkamah & JenayahReman 3 polis didakwa curi RM85,000 disambung hingga Jumaat

Reman 3 polis didakwa curi RM85,000 disambung hingga Jumaat

 

KUALA LUMPUR: Polis tidak akan melindungi pegawai dan anggota yang dipercayai terbabit dengan kes kecurian wang tunai berjumlah RM85,000 ketika di Lebuh Pudu, di sini, yang diserbu dalam Operasi Khas Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, katanya polis juga mendapat perintah sambung reman ke atas ketiga-tiga anggota terbabit sehingga Jumaat ini bagi membolehkan siasatan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan seterusnya.

“Saya nak tegaskan bahawa kita terus buat siasatan selepas menerima maklumat insiden membabitkan tiga anggota dan menahan kesemua mereka.

“Jadi tiada isu hendak lindungi pegawai atau anggota kita (polis). Kita tidak akan bertolak ansur, kalau ada pegawai yang ditahan dan dituduh, kita akan menjalankan siasatan.

“Kalau ada asas kita akan tangkap mereka dan tidak akan melindungi pegawai atau anggota,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Menurut Ayob, kejadian itu tidak akan melemahkan pihaknya untuk menjalankan operasi terhadap penempatan warga asing.

Harian Metro kelmarin melaporkan, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, polis menerima laporan kejadian jam 12.36 tengah malam pada 22 Disember dan tiga anggota berusia 26 hingga 35 tahun yang dipercayai terbabit ditahan.

Kesemua suspek ditahan selama empat hari bermula 23 sehingga 26 Disember. – Harian Metro

Author

Pilihan Editor