SEBUAH ruang solat tertinggi di dunia dengan pemandangan jelas menghadap Kaabah dan Masjidil Haram kini dibuka di hotel mewah, Address Jabal Omar Makkah.
Ruangan solat yang dikenali ‘Sky Mussallah’ itu terletak dalam jambatan penghubung antara dua bangunan pada ketinggian 483 meter dari paras laut, lapor portal Welcome Saudi.
Menurut pengurusan hotel Address Jabal Omar Makkah, ruangan itu direka khas bagi mewujudkan hubungan harmoni pengunjung menerusi suasana persekitaran.
“Mussollah sedemikian merupakan titik cerapan hebat bagi para tetamu untuk menyelami kerohanian mereka sambil menikmati pemandangan mercu tanda indah di Mekah.
“Ia direka khas bagi membina hubungan dengan suasana persekitaran, menawarkan pemandangan Masjidil Haram serta Kaabah,” maklum pengurusan hotel berkenaan.
Difahamkan, Sky Mussallah berkeluasan lebih 550 meter persegi sekali gus berupaya memuatkan sehingga 520 orang dalam satu waktu.
Bahagian dalaman Sky Mussallah menampilkan gabungan pesona Arab purba dan kemewahan kontemporari, terutama kaligrafi Arab.
Malah, sentuhan kaligrafi yang menghiasi ruangan solat itu turut dihasilkan dengan penceritaan kisah tentang nama-nama Allah SWT sebagai sebahagian daripada khazanah Islam.
موعدكم اليوم مع تجربة استثنائية في المصلى المعلق الذي تم تشييده من قبل شركة جبل عمر للتطوير، في فندق #العنوان_جبل_عمر_مكة، حيث حقق هذا المصلى الفريد انجازًا باعتباره أعلى مصلى في العالم داخل جسر معلق بارتفاع يبلغ 165 مترًا وفقًا لموسوعة غينيس للأرقام القياسية. اجعل وقتك في مكة… pic.twitter.com/5gbtiNak78
— جبل عمر | Jabal Omar (@Jabal_Omar_SA) December 22, 2023