HomeBerita'Najib bebas? Tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan'

‘Najib bebas? Tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan’

“TUNGGU kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan”.

Demikian jawapan ringkas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berhubung mesyuarat Lembaga Pengampunan yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dr. Zaliha merangkap anggota Lembaga Pengampunan tidak menafikan keterlibatan beliau di dalam mesyuarat tersebut.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika ditemui di sidang akhbar Mailis Peluncuran Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (Draf PTKL2040) di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, hari ini, lapor Kosmo.

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan Lembaga Pengampunan mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara dengan antara agenda mesyuarat terbabit adalah mengenai hukuman penjara yang dihadapi Najib.

Difahamkan, mesyuarat itu menjadi mesyuarat rasmi terakhir bagi Al Sultan Abdullah sebelum pemerintahan baginda berakhir hari ini dan kembali sebagai Sultan Pahang.

Author

Pilihan Editor