Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI
TONGGAK Bayern Munich, Sadio Mane memilih untuk tidak memegang gelas bir ketika pasukannya mengadakan sesi fotografi sebuah iklan.
Di kota Munchen, memang terdapat festival khusus yang dijalankan tiap tahun. Festival itu dinamakan Oktoberfest.
Festival ini biasanya diadakan pada akhir September dan awal Oktober. Ciri-ciri khas festival ini adalah dengan tradisi bir yang melimpah.
Semua pemain Bayern memegang bir kecuali Mane. Dia hanya duduk di tepi dengan tersenyum tanpa memegang gelas bir.
Bekas pemain Liverpool itu tidak bersendirian kerana turut melakukan perkara sama adalah pertahanan Bayern, Noussair Mazraoui.
Ia bukan kali pertama Mane menunjukkan sifat sebagai Muslim yang taat. Semasa The Reds menjuarai Piala Carabao, dia menolak untuk membuka botol besar berisi bir.
Aksi Sadio Mane itu mendapat banyak pujian dari netizen.