HomeSukanAntony selesai jalani ujian perubatan di Carrington

Antony selesai jalani ujian perubatan di Carrington

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

ANTONY hanya tinggal selangkah lagi menjadi pemain Manchester United. Sayap asal Brazil itu sudah selesai menjalani ujian perubatan.

Pada pagi Selasa tadi, Antony kelihatan sudah tiba di Carrington. Pemain berusia 25 tahun itu datang memakai pakaian santai berwarna hitam, Antony sempat melambaikan tangan ke arah kamera yang merakam kedatangannya.

Dia kemudian disambut pihak sana sebaik tiba di padang latihan The Red Devils. Segalanya berjalan lancar dan hanya tinggal buat Antony menandatangani kontrak di Manchester United.

Manchester United perlu mengeluarkan dana besar €100 juta untuk merekrut Antony. Dia bakal menjadi rekrut terbaru yang keempat, selepas membawa masuk Lisandro Martinez, Tyrell Malacia, Christian Eriksen dan Casemiro.

Dalam perkembangan berkaitan, gergasi Manchester itu juga akan merekrut penjaga gawang, Martin Dubravka yang dipinjam dari Newcastle United.

Dubravka sendiri dinyatakan juga akan menjalani ujian perubatan selepas Antony. Jika berjaya, maka dia akan menjadi pemain keenam Manchester United pada musim panas ini.

Author

Pilihan Editor