HomeMV+EksklusifKumpulan rock kapak, D' Otai Boyz tampil tradisional untuk single kedua

Kumpulan rock kapak, D’ Otai Boyz tampil tradisional untuk single kedua

SHAH ALAM: Mengambil inspirasi lagu Smooth, legenda rock Carlos Santana, artis kumpulan rock kapak Melayu, D’ Otai Boyz merancang untuk mengetengahkan sisi tradisional untuk single kedua, akan datang.

Pemain bass, Khai, menjelaskan, single kedua yang belum diberi nama itu akan menampilkan muzik ala bossa nova dengan penggunaan alat perkusi tradisional seperti gambus dan konga.

Kebiasaannya, gambus digunakan dalam persembahan ghazal atau tarian zapin di Johor, namun popular di Asia Tenggara.

Justeru, lagu berkenaan bakal menggabungkan genre rock diiringi tarian dan vokal bernada sedikit lembut daripada biasa.

“Untuk projek akan datang, kami akan mengeluarkan single kedua ala muzik bossa nova, macam Santana. Kalau ada bajet, kami akan guna pakai alat percussion seperti konga dan gambus.

“Rentak lagu ini ada kelainan sikit, ada joget, nyanyian pun tidak berapa keras, dan pelantun lagu ni, perlu ada jiwa lembut sedikit. Saya pasti, ia akan menjadi lagu yang menghangatkan halwa telinga pendengar,” katanya pada sidang media di Hotel U3, di sini, pada Sabtu minggu lalu.

Selain Khai, D’ Otai Boyz dianggotai Boy Botak (vokal), Nazry (gitar), Dzoul (gitar), Lee (drum) dan Man (keyboard) yang semua mereka dari Singapura kecuali Dzoul dari Malaysia.

Man pula merupakan keyboardis kumpulan Life Petal iaitu satu lagu kumpulan balada rockestra di sana.

Mereka tiba untuk ‘Showcase Bersama D Otai Boyz bersama peminat di Malaysia dengan membawa tiga lagu medley iaitu berjudul ‘Love Hunters’ yang tidak pernah keluar di radio, lagu dari kumpulan Search, lagu dari Sweet Charity, seperti Kamelia dan Teratai.

Ia termasuk single pertama mereka berjudul Permataku berentak balada orkestra.

D’ Otai Boyz ditubuhkan pada 2021 adalah kesinambungan kumpulan lama, The Otai Boyz pada 2007.

Permataku ketika ini menerima lebih 55,000 tontonan di Youtube, menunjukkan ada penerimaan yang positif terhadap genre lagu yang dibawa.

Lagu ini mengisahkan pasangan yang sedang bercinta tetapi berubah dengan sekelip mata atas sebab tertentu kemungkinan curang atau sakit dan terserah pada pendengar untuk menilai di akhir lagu.

Author

Pilihan Editor