KUALA LUMPUR: Kesedaran terhadap penghidap kanser kanak-kanak bahawa penyakit itu tidak berjangkit bukan mudah.
Realiti hari ini, golongan ini masih disisih rakan sebaya di sekolah dan juga dalam masyarakat.
Berita berkaitan: ‘MY ETS Journey’ sempena bulan September Bulan Kesedaran Kanser Kanak-kanak
Pengerusi Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS), Hamidah Tajudin berkata, situasi di sekolah contohnya apabila ada rakan yang mengetahui kanak-kanak ini ada kanser, mereka akan menjauhkan diri.
“Kanak-kanak kanser apabila berhadapan keadaan ini secara emosi dan semangatnya akan menurun.
“Sehubungan itu, KIDS mengambil inisiatif memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa kanser tidak berjangkit, kanser boleh dirawat dan kanser bukan pembunuh masa depan.
Berita berkaitan: ‘MY ETS Journey’ sempena bulan September Bulan Kesedaran Kanser Kanak-kanak
“Golongan survivor kanser masih boleh memiliki sahabat, pasangan hidup, kerjaya dan sumbangan kepada masyarakat dan negara,” katanya kepada media selepas program ‘My ETS Journey’ Kuala Lumpur-Alor Setar-Kuala Lumpur anjuran KIDS selama tiga hari dua malam.
Pelancaran perjalanan ini membabitkan 77 orang termasuk 60 kanak-kanak kanser bertolak dari KL Sentral di sini hari ini.
Seramai 11 peserta jemputan dari Persatuan Sahabat Kanak-kanak Kanser Wilayah Utara akan menaiki tren dari stesen ETS, Tasik Gelugor dan enam peserta dari KIDS yang menetap di utara.
Berita berkaitan: ‘MY ETS Journey’ sempena bulan September Bulan Kesedaran Kanser Kanak-kanak
Untuk rekod, KIDS adalah persatuan mengumpul ibu bapa penyakit kanser kanak-kanak dari Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) atau Hospital Tunku Azizah berusaha memberi kesedaran kepada orang ramai sekaligus mendapat sokongan emosi dan semangat kepada survivor.
Tambah Hamidah, sepanjang perjalanan ETS ke destinasi, kami akan bersama kanak-kanak ini akan memberi penerangan kepada penumpang ETS.