HomeBeritaKerjasama dengan PAS ditentukan MKT, Biro Politik UMNO

Kerjasama dengan PAS ditentukan MKT, Biro Politik UMNO

KUALA NERANG: Hanya Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Biro Politik UMNO boleh memutuskan sebarang kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN).

Ia berikutan, kerjasama membabitkan UMNO dan MN melalui PAS perlu dibincangkan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara berbangkit mengenai sebarang kerjasama perlu mengikut prosedur parti.

“Dia parti (UMNO), ini semua keputusan parti (perlu) melalui proses struktur dalam parti, dalam parti ada Majlis Kerja Tertinggi (MKT), sebelum MKT itu ada Biro Politik.

“Majlis Tertinggi (MKT) akan buat sebarang keputusan tentang apa jua keputusan berkaitan parti, keputusan (mengenai kerjasama PAS itu).

“(Saya rasa akan) dibuat Majlis Tertinggi, dalam masa terdekat, (mengenai tarikh PRU15), (Top 5 UMNO) belum (lagi bincang),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Kompleks Ternakan Ayam FELCRA di Kampung Kubang Palas, di sini hari ini.

Mahdzir berkata, perbincangan itu akan diadakan dalam masa terdekat namun belum memutuskan tarikh.

Mahdzir menambah, Top 5’ UMNO melibatkan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden juga masih belum mengadakan perbincangan mengenai tarikh PRU15.

Authors

Pilihan Editor