KUALA LUMPUR: “Tiada ibu yang sanggup lalui perjalanan ini, tiada ibu yang sanggup lihat anak-anak (tempuh) perjalanan ini, tiada anak-anak sanggup lihat ibunya dipenjara,” luah Emilia Hanafi.
Berita berkaitan: Buang air besar dalam tong hitam, ditonton 22 penghuni
Bekas isteri Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin Kamal itu dalam nada sebak berkata demikian secara sidang video pada sidang media ‘Keadilan Untuk Emilia’ yang dipengerusikan oleh peguam terkenal, Siti Kassim.
Turut hadir, peguam mewakili Emilia, Nizam Bashir, wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Sisters in Islam.
Ibu tunggal itu akan berpisah daripada anak-anaknya untuk menyerah dirinya pada 27 Jun 2022 jam 10 pagi di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap Emilia kerana ingkar keputusan mahkamah dengan mengubah tarikh lawatan antara bekas suami dan anaknya.
Berita berkaitan: Buang air besar dalam tong hitam, ditonton 22 penghuni
Emilia sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 sementara menunggu rayuan setelah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar bidang kuasa mahkamah tersebut.
Namun rayuannya tidak memihak dirinya dan pada masa sama beliau terpaksa hadir untuk kes pendakwaan pukul dan cedera ‘domestic violence’ oleh bekas suami di Mahkamah Sivil sejak 2016.
Jika beliau tidak hadir sebagai saksi dan pengadu dalam kes itu, kemungkinan besar pula akan menjejaskan kes itu.
Akhirnya, Emilia memutuskan untuk menyerahkan dirinya ke tirai besi.
Berita berkaitan: Buang air besar dalam tong hitam, ditonton 22 penghuni
Emilia turut berpesan kepada ketiga-tiga anaknya supaya tabah, jangan rasa takut atau rasa bersalah.
“Tiada apa silap kita dalam isu ini, sentiasa percaya Allah akan lindungi kita.
“Mommy masuk penjara sebagai protes on wrongful decision, wrongful reason.
“Tiada perlindungan untuk saya dapatkan keadilan untuk saya.
“Saya harap, ada pihak yang dengar kes saya supaya dapat keadilan sewajarnya, saya harap ada yang bantu perbetulkan keadaan,” katanya.
Dalam pada itu, Siti Kassim berkata, walaupun ia sangat ‘painful’ (menyakitkan), sangat ‘teribble’ (dahsyat) kerana Emilia terpaksa masuk penjara tujuh hari, tetapi dia perlu lalui ini dengan protes untuk memastikan kes penderaannya berjalan lancar.
Berita berkaitan: Buang air besar dalam tong hitam, ditonton 22 penghuni
“Jika tidak, kes sivil itu mungkin tidak dapat berjalan dengan baik kerana dia tidak dapat hadir (bimbang dipenjarakan atas perintah syariah).
“So, what happen to Malaysia now?,” soalnya.
Tambah peguam itu, apa yang berlaku jelas kerana kuasa.
“The husband has a lot of money. He is very rich guy. He can file multiple committal proceedings against her.
“So just because she have no money, so she’s not file the committal proceedings.
“The judge should be looking an object perspective whether to put the mother in prison. Siapa hendak jaga anak-anaknya?” katanya.