HomeMV+PendapatHukuman penjara bukan lagi untuk penjenayah

Hukuman penjara bukan lagi untuk penjenayah

Hukuman penjara kini bukan lagi khusus untuk penjenayah.

Ini yang kita pelajari hari ini apabila seorang ibu tiga anak dihantar ke penjara di atas kegagalannya mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah berhubung tarikh lawatan tiga orang anaknya.

Berita berkaitan: Mahkamah Syariah asalnya tiada hukuman penjara – Munsyi Muslim

Orang yang tidak mahir dengan selok belok perundangan syariah, tidak mampu mengupah peguam yang hebat. Akhirnya dihantar ke penjara.

Beliau tidak mampu memfailkan kes terhadap bekas suaminya.

Bagaimana dengan kes jenayah syariah lain di mana bapa-bapa culas membayar nafkah anak tetapi tidak pula kedengaran mereka dipenjarakan?

Institusi Penjara Kajang yang sentiasa sesak dengan pelbagai kes jenayah sivil pelacuran pengedaran dadah, bunuh, mencederakan, merompak, SOSMA dan lain-lain ditempatkan bersama pesalah syariah.

Berita berkaitan: Mahkamah Syariah asalnya tiada hukuman penjara – Munsyi Muslim

Ini adalah gambaran pengalaman yang dilalui hari pertama Emilia Hanafi, 43, di penjara, berdasarkan pengalaman penghuni yang menghabiskan tempoh reman selama lima bulan ketika PKP.

Warden penjara akan berkata, “Oh anak JAWI merujuk kepada pesalah di bawah jenayah Syariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Emilia akan dibawa ke ruang tertutup zink paras sekitar 10 kaki yang di tengahnya ada kolam air, beliau akan diminta menanggalkan pakaiannya di hadapan banduan lain dan disuruh mandi.

Berita berkaitan: Mahkamah Syariah asalnya tiada hukuman penjara – Munsyi Muslim

Selepas mandi, Emilia akan diberi sepersalinan baju dan seluar banduan dan berselipar jepun, namun tidak dibenarkan memakai pakaian dalam.

Pakaian ini hanya sepasang yang dipakainya selama seminggu tanpa dibasuh.

Beliau akan digari kedua tangannya, dibawa ke Pejabat Pendaftar untuk dirakam potretnya serta direkodkan nombor banduan yang akan menjadi identiti dirinya sepanjang berada di penjara, rekod ini akan kekal sepanjang hayat Emilia.

Emilia akan dibawa ke satu lokasi dinamakan Maktab Penjara yang asalnya dewan futsal yang merupakan bangunan pengasingan dibuka sejak PKP tahun 2020 dalam menangani pandemik di penjara.

Berita berkaitan: Mahkamah Syariah asalnya tiada hukuman penjara – Munsyi Muslim

Emilia akan diberi sebatang berus gigi lembik, koleh plastik, sabun pek kecil seperti di hotel bajet, sehelai tuala dan selimut ‘fleece’ yang boleh digulung dijadikan bantal.

Seorang pegawai wanita dipanggil Puan akan memanggil nombor badan seorang demi seorang di hadapan khalayak sambil berkata, “kau salah apa masuk sini?”

Beberapa warden wanita penjara dipanggil ‘Cikgu’ akan membawa Emilia ke bilik sel dalam dewan berkenaan.

Dalam bilik itu ada tingkap kaca dan di pekarangan luarnya dikawal oleh warden lelaki yang mana jika banduan wanita menanggalkan pakaiannya boleh dilihat dari luar.

Di dalam bilik sebesar kelas sekolah rendah itu, Emilia akan tidur berhimpit dengan 40 banduan lain berlapikkan tualanya di atas simen.

Terdapat dua tong tempat buang air sebesar tin cat saiz 4 liter akan dikongsi beramai-ramai, manakala terdapat dua lagi tong hitam tempat simpan air untuk beristinjak.

Tong najis ini akan dibawa keluar oleh banduan ikut jadual dua kali sehari.

Dalam bilik 40 orang itu tong ditempatkan secara terbuka di mana semua penghuni di dalam dan pengawal lelaki di luar boleh lihat jika kita ada ‘sesi buang air’.

Banduan lama yang terpilih akan menolak troli makanan dan minuman, makanan disediakan tiga kali sehari.

Berita berkaitan: Mahkamah Syariah asalnya tiada hukuman penjara – Munsyi Muslim

Minum pagi jam 9, roti kosong tanpa jem bersama air teh tanpa gula, kadang-kadang dapat biskut kosong.

Dalam penjara makanan seperti wang nilainya, jika tidak jaga betul-betul banduan lain akan curi makanan anda.

Makanan tengah hari pula pada jam 11 pagi, nasi putih satu senduk bersama seekor ikan selayang goreng dan sayur kangkung goreng, semua makanan rasa tawar dan tidak cukup rasa.

Makan malam pula pada jam 4 petang, ia adalah makanan terakhir untuk hari itu.

Banduan perlu habiskan makanan dalam 20 minit sebelum menyerahkan tray makanan di bawah jaring besi yang akan dikutip oleh banduan bertugas.

Dalam sehari terdapat lebih daripada lima kali ‘roll call” iaitu duduk bersila atas simen untuk dikira kepala.

Itulah rutin Emilia selama tujuh hari dan pemandangannya hanyalah melihat pergerakan awan.

Berita berkaitan: Mahkamah Syariah asalnya tiada hukuman penjara – Munsyi Muslim

Bagi setiap sel hanya ada satu set telekung solat sahaja yang perlu dikongsi ramai-ramai tetapi sukar menunaikan solat lima kali kerana kesulitan berwuduk, hanya dua kali dibenarkan ke tandas dalam sehari iaitu jam 4 pagi dan juga 5 petang.

Penjara adalah syurga bagi orang mukmin, yang terpilih sahaja akan berada di sini,  saban waktu hati mereka bergantung pada Tuhan Yang Satu dan meminta pengampunanNya.

Dunia sudah terputus buatnya, tiada suara anak, tiada deringan telefon, tiada jam dinding hanya mampu melihat gelap cerah langit tanda perubahan hari.

Tekak rasa dahaga, hendak minum air kosong lebih mereka tak boleh minta pada Cikgu takut dimarahi pula, apa yang mereka boleh buat hanyalah berdoa moga-moga rezekinya ada pada hari itu.

Tabahlah Emilia, dunia adalah ujian sebelum kita temui Pencipta.

Berita berkaitan: Mahkamah Syariah asalnya tiada hukuman penjara – Munsyi Muslim

Author

Pilihan Editor