HomeMV+EksklusifMahkamah Syariah asalnya tiada hukuman penjara - Munsyi Muslim

Mahkamah Syariah asalnya tiada hukuman penjara – Munsyi Muslim

AMPANG: Mahkamah Syariah Tanah Melayu pada asalnya, tidak ada bidang kuasa untuk menghukum pesalah dengan hukuman penjara.

Berita berkaitan: Netizen dari Australia, Brunei, Malaysia beri sokongan kepada Emilia Hanafi

Peguam Rakyat yang juga bekas peguam Syarie pertama di Malaysia, Tan Sri Prof Dr (Munsyi) Muslim Yacob menegaskan, pengkhususan bidang kuasa mahkamah syariah sepatutnya merangkumi semua jenis undang-undang Islam mengikut Quran.

Beliau turut mengambil contoh pada zaman Nabi Muhammad SAW tidak wujud hukuman penjara, namun baginda mampu memberi keadilan sewajarnya.

“Mahkamah Syariah asalnya tak ada hukuman penjara, malah hingga hari ini tak ada hukuman penjara. Penjara Syariah juga tidak sepatutnya sama dengan penjara Sivil.

Berita berkaitan: Netizen dari Australia, Brunei, Malaysia beri sokongan kepada Emilia Hanafi

“Nabi tak kata, kena ada penjara pada pesalah itu ini, mana ada nabi buat penjara. Jangan ubah ayat Quran jangan mengadakan sesuatu yang tiada.

“Tapi kalau pesalah syariah dimasukkan dalam penjara, tak jadi syariah, ia sudah jadi macam penderaan… maknanya Syariah telah jadi mahkamah Sivil.

“Syariah ikut Quran ada prinsip demokratik, kemanusiaan, memberi tauladan, melindungi aib mereka yang melampaui batas agar balik semula kepada prinsip Islam.

“Syariah zaman Nabi menekankan aspek berbincang secara adil, orang ramai dibenarkan beri pandangan, tiada campur tangan kuasa dan politik, hakim lebih memilih memaafkan jika ada pengakuan salah bukannya menghantar pesalah itu ke penjara,” katanya pada temubual eksklusif kepada MEDIA VARIASI di pejabatnya, di sini.

Berita berkaitan: Netizen dari Australia, Brunei, Malaysia beri sokongan kepada Emilia Hanafi

Beliau yang juga Presiden Mahkamah Timbang Tara, berkata mahkamah Syariah juga sepatutnya menjadi platform untuk mendengar, membicarakan, dan memutuskan apa-apa perkara dibawa ke mahkamah, dalam keadaan adil dan mengikut ‘win-win situation’.

“Jadi seperti, mahkamah timbang tara, win-win situation, hukuman berjalan selaras. Memberi hukuman yang tidak memudaratkan, itu sepanjang yang saya tahulah,” katanya.

Beliau sendiri meluahkan rasa hairan dengan perjalanan kes ibu tunggal tiga anak, Emilia Hanafi di mahkamah syariah.

Berita berkaitan: Netizen dari Australia, Brunei, Malaysia beri sokongan kepada Emilia Hanafi

“Sebab pengalaman saya sebagai peguam Syarie, perkara begini (penjara) tak pernah dilakukan.

“Kalau syariah mencerminkan sesuatu bertentangan dengan hakiki, itu bukan konsep Syariah tapi sudah tersasar dari radar Islam.

“Penjarakan seseorang itu perlu ambil pertimbangan, dengan meneliti sejauh mana kemudaratan kepada diri dan keluarga. ibu terpisah daripada anak dan hilang pekerjaan kerana penahanan. Adakah ia wajar?,” katanya.

Justeru, katanya, ada keperluan untuk mengembalikan kegemilangan mahkamah syariah mengikut prinsip syariah dan syariat Islam seperti dahulu.

Berita berkaitan: Netizen dari Australia, Brunei, Malaysia beri sokongan kepada Emilia Hanafi

Berdasarkan rekod sejarah, mahkamah Syariah sudah wujud, sejak zaman sebelum kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu yang dikenali sebagai Mahkamah Kadi.

Contoh hukuman alternatif adalah seperti membuat khidmat masyarakat, kaunseling atau menghadiri kelas tertentu untuk membentuk jiwa dan rasa insaf kepada si pesalah. Justeru, perlu ada peruntukan hukuman alternatif dimasukkan ke dalam pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 bersama-sama dengan hukuman retributif.

Bagaimanapun, bidang kuasa mahkamah syariah mengalami evolusi selepas British menjajah Tanah Melayu, dengan cara halus membuang sedikit demi sedikit bidang kuasa mahkamah itu untuk menghukum pesalah jenayah syariah dengan memperkenalkan hukuman penjara dan denda.

Berita berkaitan: Netizen dari Australia, Brunei, Malaysia beri sokongan kepada Emilia Hanafi

Pada 1965, Akta Undang-Undang Mahkamah Untuk Orang Islam (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 sudah diluluskan, yang mana hukuman maksimum yang boleh dilaksanakan adalah denda RM1,000, enam bulan penjara atau kedua-duanya. Pada masa ini peruntukan untuk hukuman sebat tidak ada.

Akta ini kemudian, dipinda pada 1984 dan juga diberi nama baharu, iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 Akta 355. Kuasa untuk menghukum pesalah jenayah syariah juga sudah dinaik taraf kepada denda RM5,000, hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun dan juga sebatan yang tidak melebihi enam sebatan. Akta ini hanya mengandungi tiga seksyen iaitu tajuk dan pemakaian, bidang kuasa dan pengesahan.

Mungkin akta ini antara akta yang terpendek di Malaysia.

Berita berkaitan: Netizen dari Australia, Brunei, Malaysia beri sokongan kepada Emilia Hanafi

Author

Pilihan Editor