HomeHiburanIman Troye tidak dilamar mana-mana lelaki, namun...

Iman Troye tidak dilamar mana-mana lelaki, namun…

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang sedang mencipta nama dalam industri seni, Iman Troye sebelum ini dikejutkan dengan berita pertunangan bersama Naim Daniel namun mereka menafikan berita itu.

Ketika ditemui MEDIA VARIASI, Iman berkata dia belum dilamar mana-mana lelaki dan fokusnya ketika ini adalah memastikan kejayaan dalam pelajaran dan nyanyian bergerak seiring.

“Iman belum dilamar mana-mana lelaki tapi ada dilamar berlakon cuma masa tidak mengizinkan, insyaAllah jika dah sedia dan boleh fokus apa salahnya (berlakon).

“Ketika ini Iman nak tumpu pada belajar dan pengajian muzik di UiTM, sudah semester akhir dan banyak perkara perlu diuruskan but I enjoy the journey,” katanya ditemui selepas hadir sebagai duta Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Dalam Talian (PTTI) di Wacana Hala Tuju PTTI di sini, hari ini.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput sebagai panel.

Dalam pada itu, Iman berkata dia belum memikirkan di mana dirinya lima tahun lagi.

“Kepada generasi baharu yang belum tahu hala tuju, kenal pasti apa kekuatan dan kelemahan diri, minat apa dan fokus serta usahakan sehingga berjaya,” katanya.

Author

Pilihan Editor