HomeBeritaPM kata tahun ini PRU15, Ramlan sedia bertanding

PM kata tahun ini PRU15, Ramlan sedia bertanding

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani memberitahu hasil perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri minggu lalu, tahun ini sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Pendapat saya ketika bersembang dengan PM minggu lepas, bersama lebih 20 Ketua Bahagian yang hadir, sempat saya bertanya, bila sesuai PRU, beliau kata tahun ini.

“Kita perlu bersedialah, apa jua kepimpinan, kena bersedia, macam saya daripada Lembah Pantai, daripada AJK kepada Ketua Pemuda bahagian, jadi sekarang Ketua UMNO Bahagian, saya tidak asing di kawasan ini,” katanya katanya pada sidang media selepas flag off Kayuhan Mesra Keluarga Malaysia Ekopark@Lembah Pantai di sini pada Ahad.

Flag off disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Narendran Maniam dan Penaung Yayasan Generasi Malaysia Datuk Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz.

Tambah Ramlan, membuat sesuatu keputusan yang penting untuk kestabilan politik amat penting, tidak boleh bersandar emosi semata.

“Ada orang kata saya retorik ke, berlakon ke, sampai sekarang umur saya 61, saya di sini, kita jumpa pengundi ikhlas, kalau tuan puan rasa khidmat kami ni ditakdir, jadi saya tidak menolak untuk terus memberi sumbangan di Lembah Pantai,” katanya.

Author

Pilihan Editor