KAJANG: Emilia Hanafi, yang genap usianya ke-44 pada 30 Jun lalu, menyambut ulang tahun itu di dalam Penjara Wanita Kajang bersama wajah asing, tanpa kek, tanpa pelukan ibu bapa dan anak-anak yang amat dirinduinya.
Berita berkaitan: Saya dah fail rayuan, tapi ditutup sebelum ke penghujung – Emilia Hanafi
Suasana yang tidak pernah diimpikan dalam kehidupannya yang sebelum ini dilimpah kemewahan dan kesenangan sebagai bekas isteri jutawan.
Mengambil iktibar kisah Nabi Ayub ketika diuji Allah apabila segala kekayaan ditarik, diuji lagi dengan penyakit kulit dihadapinya selama 18 tahun, baginda tidak mengeluh, tidak minta Allah sembuhkan kerana merasa malu dengan nikmat yang diberi selama 20 tahun sebelum ini.
Begitulah besar kesabaran Nabi Ayub kala diuji yang menjadi kekuatan kepada Emilia sepanjang menerima ujian yang membawanya ke sel penjara.
Berita berkaitan: Saya dah fail rayuan, tapi ditutup sebelum ke penghujung – Emilia Hanafi
Emilia berkata, ujian terhadap Nabi Ayub lagi besar kehilangan segala-galanya tapi dihadapinya dengan tabah kerana yakin ujian itu tanda kasih sayang Allah padanya, jika kita rasa berat ada lagi yang berat ujiannya.
“Ketika hari ulang tahun kelahiran saya dalam sel penjara, saya berdoa moga Allah beri keadilan untuk semua, cukuplah apa saya lalui jangan ada lagi tertindas.
Berita berkaitan: Saya dah fail rayuan, tapi ditutup sebelum ke penghujung – Emilia Hanafi
“Jika ini harganya untuk saya buka mata semua pihak, jika ini harganya untuk sebuah keadilan saya terima.
“Tuhan mahu saya bangkit lebih kuat lebih tabah lebih berani dari keperitan saya lalui, untuk teruskan perjuangan dan beri manfaat kepada orang lain, yang melalui sama seperti saya, saya tidak akan putus asa.
“Saya juga doa moga dipermudahkan, dibebas segera untuk jumpa anak-anak dan semoga anak tidak risau keadaan saya,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Beliau menceritakan pengalamannya menyambut ulang tahun dalam penjara yang pastinya pengalaman berharga buatnya.
Berita berkaitan: Saya dah fail rayuan, tapi ditutup sebelum ke penghujung – Emilia Hanafi
“Saya dipindahkan dari Maktab Penjara ke blok Dahlia pada 30 Jun 2022, pusat kuarantin pandemik sebelum dimasukkan ke sel penjara sebenar.
“Ibarat ‘hadiah’ birthday saya, cikgu, warden dan Puan di blok Dahlia baik-baik sahaja dan dapat ikan goreng lebih sedikit.
“Mereka menyanyi lagu Happy Birthday kepada saya, di sana semua seperti keluarga.
“Di Dahlia, saya bersama tujuh penghuni pendatang asing, kes ‘kosong’ tiada permit masuk.
“Dalam tu ada katil tilam nipis, mandi bogel kerana tiada kain basahan,” katanya.
Berita berkaitan: Saya dah fail rayuan, tapi ditutup sebelum ke penghujung – Emilia Hanafi
Emilia dibebaskan pada jam 9.30 pagi Jumaat, 1 Julai lalu diiringi oleh wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan meluahkan kepada wartawan MEDIA VARIASI yang beliau tidak malu digelar banduan, kerana masuk penjara atas ketidakadilan dan hati tenang kerana tahu dirinya tidak bersalah.
Beliau selesai menjalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan ingkar perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur dengan menukar ganti tarikh lawatan anak dengan bekas suaminya.
Emiia membuat permohonan semakan kehakiman yang difailkannya bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang menjatuhi hukuman penjara tujuh hari terhadapnya dan kes itu masih berjalan.
Berita berkaitan: Saya dah fail rayuan, tapi ditutup sebelum ke penghujung – Emilia Hanafi