HomeMV+EksklusifAnugerah Lagu Indie 2023 tawar Honda RSX kepada penonton bertuah

Anugerah Lagu Indie 2023 tawar Honda RSX kepada penonton bertuah

TAWARAN hebat iaitu sebuah motosikal Honda RSX menanti buat penonton bertuah Anugerah Lagu Indie 2023.

Anugerah Lagu Indie (ALI) yang sudah memasuki edisi keempat adalah sebuah anugerah muzik yang bertujuan memberi penghormatan kepada bakat indie terbaik dalam industri muzik Malaysia.

Seramai 15 finalis bakal berentap di pentas akhir Anugerah Lagu Indie 2023 yang bakal berlangsung pada 7 Mac 2024, secara live di saluran Youtube @anugerahindie.

Penonton bukan sahaja boleh menikmati persembahan hebat, malah berpeluang memenangi sebuah motosikal Honda RSX.

Cara pernyataan adalah melalui tontonan secara live di Youtube @anugerahindie pada 7 Mac 2024.

Seterusnya, penonton perlu menantikan tiga kod unik yang akan diumumkan oleh pengacara semasa penstriman langsung #ALI2023.

Di hujung penstriman, pengacara akan memberi isyarat, untuk penonton membuat hantaran  3 kod unik tersebut di laman X beserta hashtag #ALI2023 #HONDARSX.

Tweet terpantas dengan kod dan hashtag yang betul akan menjadi pemenang motosikal Honda RSX.

Terma dan syarat penyertaan adalah seperti berikut:

  1. Peraduan terbuka kepada rakyat warganegara Malaysia sahaja.
  2. Peraduan tonton ALI2023, menang motor Honda RSX berlangsung pada 7 Mac 2024, bermula dari 8 malam hingga ke akhir persembahan #ALI2023.
  3. Tweet terpantas dengan kod dan hashtag yang betul akan menjadi pemenang RSX.
  4. Hanya seorang penonton sahaja yang akan dipilih sebagai pemenang.
  5. Pemenang akan dihubungi melalui ‘DM’ (Direct Message) dari laman X Anugerah Lagu Indie dan perlu memberi respons butiran diri dengan segera.
  6. Pemenang  akan diumumkan di akhir persembahan #ALI2023.
  7. Pemenang perlu menanggung kos insurans  dan cukai jalan semasa pendaftaran.

Author

Pilihan Editor