HomeBeritaNetizen dari Australia, Brunei, Malaysia beri sokongan kepada Emilia Hanafi

Netizen dari Australia, Brunei, Malaysia beri sokongan kepada Emilia Hanafi

KUALA LUMPUR: Kisah pemenjaraan ibu tunggal kepada tiga anak, Emilia Hanafi terus mendapat perhatian, bukan sahaja dalam negara tetapi ke Australia dan Brunei.

Berita berkaitan: Hukuman penjara beri kesan trauma kepada anak

Rata-rata netizen, meninggalkan komen berupa simpati, sokongan dan cadangan terhadap bekas isteri kepada Pengerusi Kumpulan Bersama Naza itu, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal itu di pelbagai platform media sosial.

Ia susulan kisah pemenjaraannya mendapat liputan meluas di media arus perdana, baru-baru ini.

Netizen dari Australia, sempat meninggalkan komen emoji berbentuk hati memberikan sokongan terhadap Emilia, 44, supaya terus kuat dan berjuang demi keadilan yang benar pada masa yang sama simpati terhadap nasib yang menimpa wanita tabah itu.

Berita berkaitan: Hukuman penjara beri kesan trauma kepada anak

Netizen dari Brunei turut tidak ketinggalan menyatakan kasih sayang dan sokongan sama terhadap Emilia.

Begitu juga netizen dalam negara, memberikan pelbagai reaksi marah dan pandangan terhadap Emilia yang sanggup menyerahkan diri ke penjara, hanya kerana kesalahan menukar ganti tarikh lawatan bapa kepada tiga anaknya.

Mereka juga hairan dengan pelaksanaan sistem hukuman di Mahkamah Syariah sehingga boleh mengelirukan masyarakat.

Berita berkaitan: Hukuman penjara beri kesan trauma kepada anak

Menerusi siaran langsung di Facebook Media Variasi, pada 1 Julai 2022, Emilia dilihat keluar dari Penjara Wanita Kajang, selepas selesai menjalani perintah hukuman penjara tujuh hari.

Emilia mengenakan jubah dan selendang putih yang sama dipakai ketika menyerah diri di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, pada 27 Jun 2022.

Pada 4 September 2019, Mahkamah Tinggi Syariah di sini menjatuhi hukuman penjara tujuh hari ke atas Emilia kerana menghina mahkamah ekoran menukar ganti tarikh lawatan tiga anaknya untuk bersama bapa mereka, namun beliau dibebaskan dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Berita berkaitan: Hukuman penjara beri kesan trauma kepada anak

Pada 8 Jun, Emilia memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah di sini yang menjatuhi hukuman penjara berkenaan.

Permohonan dibuat menerusi Tetuan Nizam Bashir & Associates di Mahkamah Tinggi dan menamakan SM Faisal, 43, serta bekas ibu mentuanya, Puan Sri Zaleha Ismail, 70, sebagai responden.

Turut dinamakan ialah Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur dan Kerajaan Malaysia.

Pada 15 Jun 2022, Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap Emilia kerana gagal hadir sebagai saksi pendakwaan, dalam kes jenayah terhadap bekas suaminya.

Berita berkaitan: Hukuman penjara beri kesan trauma kepada anak

Hukuman terhadap Emilia menyebabkan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem undang-undang syariah Malaysia yang disiarkan oleh sebuah portal.

Pada 25 April 2022, Maria Chin dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengkritik keputusan mahkamah itu yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas Emilia.

Pada 6 Julai 2022, Mahkamah Majistret di sini kemudian membatalkan waran tangkap terhadap Emilia di atas ketidak hadirannya dalam prosiding kes jenayah membabitkan bekas suaminya.

Berita berkaitan: Hukuman penjara beri kesan trauma kepada anak

Author

Pilihan Editor