HomeHiburanKomedi terlampau hina Islam di TTDI

Komedi terlampau hina Islam di TTDI

KUALA LUMPUR: Seorang wanita  berbaju kurung dan berhijab seperti wanita Muslimah tiba-tiba menanggalkan satu persatu pakaiannya di khalayak ramai.

Tidak diketahui agama wanita berkenaan tetapi ia menggambarkan wanita Islam dihina.

Kejadian berkenaan dimuat naik di platform Tiktok Mie_8099 dan tular sejak semalam.

Wanita itu berada di atas pentas dipercayai di Kelab Crackhouse Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.

Tertulis kapsyen, “mereka memeluk saya dan beritahu saya amat berani di set.

“Kemudian mereka haramkan kami keesokan harinya,  jam 12 malam mereka kata mereka akan beri semua slot untuk kami, jam 4 petang pula mereka terima banyak aduan yang tidak menyukai kami,” tulis dari klip rakaman itu.

Netizen amat terkejut dengan klip rakaman itu dengan menulis kapsyen “acara menghina Islam?”

Menjadi persoalan, jika menulis bertanya kekeliruan di laman sosial Facebook boleh didakwa kerana menghina Islam, kenapa kes sebegini tidak diambil tindakan sama?

Author

Pilihan Editor