HomeBeritaHukuman penjara beri kesan trauma kepada anak

Hukuman penjara beri kesan trauma kepada anak

KUALA LUMPUR: Isu pemenjaraan Emilia Hanafi kerana menukar ganti tarikh lawatan anak yang menjadi bualan hangat negara baru-baru ini dikhuatiri memberi kesan trauma jangka masa panjang kepada ketiga-tiga anaknya.

Berita berkaitan: Masih wujudkah Musang Berjanggut dalam sistem kita?

Ketua UMNO Cawangan KLCC, Datuk Seri Dzulkarnain Taib berkata, isu tukar tarikh lawatan anak, sepatutnya ia boleh diselesaikan secara baik di kedua-dua belah pihak bekas suami atau bekas isteri melalui perbincangan tanpa perlu mengguna pakai sudut undang-undang.

“Memang kadang-kadang undang-undang (syariah) terpaksa dilaksanakan apabila yang menuntut keadilan tu datang ke depan, tetapi yang jadi mangsa adalah anak-anak.

“Mereka melihat bagaimana ibu bapa bertelagah, berkelahi, melibatkan penjagaan anak, saya rasa tak payah sampai tahap si ibu kena penjara.

Berita berkaitan: Masih wujudkah Musang Berjanggut dalam sistem kita?

“Jadi apabila ia menjadi umum, kita kena lihat juga trauma dan impak psikologi ke atas anak-anak apabila mereka membesar,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Katanya, anak-anak yang terlibat dalam hal sebegini pastinya akan teringat peristiwa hitam yang berlaku kepada ibu bapa mereka sepanjang hidup.

“Saya kasihan, melihat kes ibu dipenjara walaupun beberapa hari. Bagi ibu, dia sudah ada rekod buruk sebagai bekas banduan padahal dia muda, isteri kepada usahawan terkenal, tapi rekod banduan. Anak-anak pun ke sekolah orang ejek mak banduan.

Berita berkaitan: Masih wujudkah Musang Berjanggut dalam sistem kita?

“Ini sedikit sebanyak mempengaruhi cara mereka berfikir, impak negatif akan berpanjangan sepanjang hidup mereka,” katanya.

Justeru, katanya, meskipun ada sesetengah pelaksanaan perlu mengikut lunas undang-undang, namun ia perlu berpaksikan prinsip kemanusiaan dan keadilan semua pihak.

“Undang-undang kalau nak ikutkan 100 peratus (pelaksanaan), kena ada aspek timbang rasa dan kemanusiaan,” katanya.

Berita berkaitan: Masih wujudkah Musang Berjanggut dalam sistem kita?

Author

Pilihan Editor