KAJANG: Menjalani perintah penjara di Penjara Wanita Kajang (PWK) sudah diaturkan Allah untuk diri Emilia Hanafi berehat ‘sekejap’ sebelum mendapat kekuatan bangkit semula demi keadilan diri, anak-anak dan semua wanita lain yang tertindas.
Berita berkaitan: Jika ini harga keadilan, saya terima – doa Emilia di penjara
Tiada siapa yang sanggup menyerah tubuh sendiri ke penjara, namun perjalanan hidup Emilia, 43, cukup luar biasa sehingga dia berani mengambil risiko itu, atas prinsip keadilan.
Emilia ketika ditemui MEDIA VARIASI sempat berkongsi rintihan perjuangannya bahawa penjara benar-benar seperti tempat peraduan seorang Ratu yang selama ini penat berjuang dalam hidupnya.
Katanya, waktu inilah beliau mengambil peluang yang tidak akan dapat di mana-mana kecuali di sebalik tirai besi itu dengan mendapatkan ketenangan, rehat dan tidur secukupnya.
Berita berkaitan: Jika ini harga keadilan, saya terima – doa Emilia di penjara
“Saya gunakan (tempoh jalani perintah) untuk saya ‘me time’. Sebab sebelum masa penjara, saya penat… penat kerja, jaga anak, trauma dipukul, penat berjuang.
“Di situ (penjara), saya dengar badan saya… saya kata mungkin ini (masa sesuai) Allah nak beri saya rehat, rasa paling selamat, tiada siapa kacau, jadi saya tidur je.
“Sebelum ini sukar untuk saya tidur lena, ‘ada gangguan pihak tertentu yang follow sampai ke rumah’ dan pelbagai lagi ujian saya hadapi.
“Saya bantu rakan-rakan banduan lain, dengar luahan mereka, beri motivasi kepada mereka.
Berita berkaitan: Jika ini harga keadilan, saya terima – doa Emilia di penjara
“Dari sana saya baru sedar banyak kelemahan sistem dan polisi yang perlu ditambah baik, ia buka mata saya dan pengalaman berharga buat saya.
“Benarlah penjara syurga buat orang mukmin, hanya ada Allah untuk berbicara keluh kesah kehidupan.
“Mungkin Allah uji tarik segalanya dari saya kekayaan dan lain-lain tapi tak mungkin saya boleh ‘survive’ tanpa kasih sayangNya,” katanya.
Terdahulu, bekas isteri SM Faisal SM Nasimuddin dan ibu tunggal kepada tiga anak itu, dibebaskan dari PWK selepas diarah menjalani perintah penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur kerana mengubah tarikh lawatan bekas suami atas permintaan anak.
Berita berkaitan: Jika ini harga keadilan, saya terima – doa Emilia di penjara
Emilia disambut oleh Pegawai Khas Komunikasi kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazaleladi yang bertanggungjawab menjalankan amanah daripada keluarga wanita itu untuk menguruskan pembebasan dan membawanya kepada keluarga dengan selamat.
Mengulas lanjut, sebaik melangkah kaki keluar dari pintu PWK, Emilia berasa semangat juangnya semakin kuat malah lebih bersedia secara mental dan emosi.
“Jadi, sekarang, saya ‘mentally strong’. Sebenarnya saya rasa lebih tabah, lebih kuat dari sebelumnya,” dakwanya yang sering diekori individu tidak dikenali sehingga berasa tidak selamat.