HomeHiburanWan Saiful Wan Jan tinggalkan politik jadi pelakon?

Wan Saiful Wan Jan tinggalkan politik jadi pelakon?

KUALA LUMPUR: Jika dua nama besar negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak boleh muncul dalam filem dan drama, Datuk Wan Saiful Wan Jan dipercayai turut mengambil peluang untuk berjinak dalam bidang seni.

Terdapat desas-desus bahawa bekas Pengerusi Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu bakal membintangi sebuah filem yang belum diketahui judulnya.

Ia berikutan, baru-baru ini tular di media sosial beliau bersama-sama Datuk Ayu Puteh dan Elly Suriati serta artis yang lain di set penggambaran.

Berdasarkan gambar tular berkenaan, Wan Saiful kelihatan bersama-sama dengan pelakon terkenal tanah air, Faizal Hussein melakonkan watak.

Ketua Penerangan BERSATU itu dipercayai menceburi kerjaya ke bidang lakonan dengan memegang watak utama dalam filem arahan Elly Suriati yang akan ditayangkan kelak.

Netizen juga mula memberikan reaksi sama ada filem lakonannya itu bertemakan komedi atau percintaan dengan membawa watak hero.

Nama Wan Saiful Wan Jan tidak asing lagi dipentas politik sejak beliau menyertai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan menjadi calon di Parlimen Pendang bersaing dengan Datuk Awang Solahuddin Hashim

Author

Pilihan Editor