HomeHiburanDanny ada mohon maaf tetapi masih teruskan tohmahan - Anju

Danny ada mohon maaf tetapi masih teruskan tohmahan – Anju

KUALA LUMPUR: Selebriti Zarina Anjoulie atau Anju mendakwa pemilik salun, Danny Rich pernah mohon maaf tetapi dia anggap ia tidak ikhlas kerana masih meneruskan “live” berbaur tohmahan terhadapnya.

Anju ketika menghubungi MEDIA VARIASI berkata, apa rasionalnya selepas dua jam mohon maaf menerusi aplikasi Whatsapp tohmahan masih berlangsung.

“Anju tak layan sebab sebelum ini dia kata ada masalah kesihatan mental tetapi ini taktik biasa la nak elak takut polis cari dia.

“Sekarang ini, Anju, bapa saudara Anju dan doktor klinik kecantikan itu sudah membuat laporan polis dan tindakan undang-undang terhadapnya.

“Kami semua sudah ada bukti ada saksi, masalah sebenarnya punca daripada dia sebab dia buat hidung di tempat lain dahulu sebelum pergi ke klinik berkenaan sebab itu walaupun dia sudah lapor tetapi Kementerian Kesihatan tidak ambil tindakan tidak serbu,” katanya.

Tangkap layar mesej permohonan maaf dari Danny kepada Anju

Dunia warganet sebelum ini kecoh membincangkan sikap kedua-duanya kerana personaliti lantang kata netizen mulut tiada insurans mereka.

Anju menerusi live di instagramnya berkata lelaki itu hanya pandai ‘menyalak’ kononya hendak saman tetapi tidak mampu untuk meneruskan saman.

MEDIA VARIASI sebelum ini menyiarkan luahan Danny yang mendakwa tidak pernah mengenali rapat atau bertentang muka, tiba-tiba nama pemilik salun Danny Rich dipetik Anju menerusi ‘live’ di instagram milik artis kontroversi itu.

Terdahulu, kisah Danny pernah tular selepas membuat sidang media bersama peguamnya keadaan hidungnya rosak akibat pembedahan oleh pihak yang tidak bertauliah atau memiliki lesen LCP khusus untuk pembedahan.

Sementara itu, Anju menjelaskan dia memang ada buat review mengenai klinik kecantikan di Kepong kerana hasil kerjanya bagus.

“Tetapi kenapa nak serang marah Anju apabila hasil yang diperolehi ke atas dirinya tak bagus dan sebelum dia ke klinik itu dia sendiri akui sudah banyak klinik dia pergi betulkan hidung.

“Selepas tindakan cuba saman klinik itu, Danny jual kedai salunnya dan kebetulan yang membeli kedai itu adalah bapa saudara Anju sendiri,” katanya.

Tambah Anju, bapa saudara (Uncle) beli dengan harga RM100,000 dan dia sudah habiskan duit itu joli pergi Thailand buat lagi hidung

“Dia perdayakan Uncle sebab sebenarnya kedai itu kontrak akan habis dalam lima bulan lagi dan kena pindah.

“Jadi buat apa Uncle teruskan rugilah, Uncle dah buat lapor polis pemerdayaan sebab itu akaun bank dia sudah kena beku.

“Anju tak faham adakah sebab dia terdesak mahu rating page dia naik ke apa sehingga  video dia up kutuk Anju dan semua mesti nak petik nama Anju,” katanya.

Sementara itu, Danny ketika dihubungi MEDIA VARIASI mengakui ada memohon maaf dari Anju namun selebriti itu hanya mendiamkan diri.

“Ye saya ada memohon maaf tetapi dia tidak jawab,” katanya ringkas.

Author

Pilihan Editor