HomeHiburanDulang hampir jatuh gara-gara pelayan hotel ternampak Siti Nurhaliza

Dulang hampir jatuh gara-gara pelayan hotel ternampak Siti Nurhaliza

OLEH: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Penghibur nombor satu negara , Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian ramai apabila reaksinya yang terkejut selepas seorang pelayan hotel hampir menjatuhkan hidangan yang dibawa.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @sitisairahtarudin di laman TikToknya, Siti Nurhaliza sedang menunggu di pintu masuk dewan untuk membuat persembahan di majlis Queen Of The Night bersama penari pada malam Sabtu lalu.

Selepas namanya dipanggil, secara tiba-tiba seorang pelayan yang melalui kawasan ituyang hampir menjatuhkan juadah yang dibawanya dan nyaris melanggar penyanyi itu.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Instagramnya, Siti Nurhaliza, 43, dalam reaksinya memberitahu tidak marah dengan kejadian yang telah berlaku.

Sebaliknya, beliau bersyukur apabila tiada sebarang kerosakan pinggan berlaku dan persembahannya pada malam tersebut berjalan seperti biasa.

Sementara itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terkejut apabila melihat kepada insiden tersebut dan bersyukur tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kedua-dua belah pihak.

Author

Pilihan Editor