HomeMV+EksklusifGunung Jerai tempat terawal pertabalan Raja-Raja Melayu dahulu

Gunung Jerai tempat terawal pertabalan Raja-Raja Melayu dahulu

KUALA LUMPUR: Tahukah anda nama asal Gunung Jerai adalah dari jerami tetapi lama-kelamaan dipendekkan kepada jerai sahaja.

Jerami adalah batang padi yang sudah dituai, kemudian ia dikeringkan, untuk kegunaan Melayu terdahulu dalam meneruskan kehidupan.

Lagi berita Eksklusif: Demi cintakan negara, tangguh dahulu suap makanan

Mungkin generasi masa sekarang, tidak tahu pun, jerami boleh dijadikan makanan ternakan seperti ayam, itik dan lain-lain.

Selain pertanian, ia juga boleh digunakan sebagai bahan bakar, penternakan, pertanian, pembinaan, seni kraftangan, biofuel dan lain-lain.

Pengkaji sejarah, Noor Rafiza Ahmad

Menurut pengkaji sejarah, Noor Rafiza Ahmad, berdasarkan sejarah lisan penduduk sekitar Gunung Jerai, terdapat beberapa batu besar di puncak gunung dahulunya adalah tempat pertabalan Raja-Raja Melayu pertama dan terawal dilantik.

Lagi berita Eksklusif: Demi cintakan negara, tangguh dahulu suap makanan

“Malah dipercayai terdapat makam-makam tinggalan di sana. Mungkin pakar sejarah boleh buat pencarian dan pengkajian baharu, sepertimana dibuat terhadap penemuan tulang Perak Man berusia di Lenggong Perak pada 1991,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Dalam pada itu, aktivis warisan dan budaya, Abdul Hadi berkata berdasarkan maklumat diperoleh ketika berkunjung ke sana, dimaklumkan bahawa Melayu atau Raja dahulu apabila buntu, mencari jalan, arah, kekuatan, kejayaan, dan ilmu, mereka akan bertandang ke Gunung Jerai.

Aktivis warisan dan budaya, Abdul Hadi

“Turut dipercayai, Sultan Iskandar Dzulkarnain ada tinggalkan tanda di puncak gunung itu, kerana mahu orang tahu hebatnya Jerai, dan Raja Sulaiman juga pernah datang bersama peti emasnya,” katanya.

Lagi berita Eksklusif: Demi cintakan negara, tangguh dahulu suap makanan

Benarlah orang kata, jatuh cinta pandang pertama, kebanyakan yang datang ke Jerai akan jatuh hati kerana, mereka yang datang mencari sesuatu yang hilang dan kembali kepada Tuhan Yang Esa.

Katanya, orang Melayu terdahulu suka melihat matahari terbit dan terbenam, melihat bintang, bulan mengingati kebesaran Ilahi di atas sana.

“Kerana itu Jerai amat istimewa, kerana mengingatkan kita tak punya apa-apa kecuali Dia.

“Orang datang ke sini untuk mencari ketenangan, kekuatan, kebangkitan, penyatuan, dan mengenang sejarah Tanah Melayu.”

“Di sini juga tempat perkumpulan, perhimpunan, perbincangan, tempat Melayu bersatu.

“Di sini juga punca Melayu dapat kekuatan ketika mereka lemah, kerana Jerai ada sumpahnya,” katanya.

Lagi berita Eksklusif: Demi cintakan negara, tangguh dahulu suap makanan

Bukan itu sahaja, katanya, dipercayai juga terdapat tujuh telaga tersembunyi, yang terletak berperingkat paling bawah ke atas, mengelilingi Jerai selain Kolam Puteri Seribu Sakti dan peta Semenanjung Tanah Melayu di puncak sama.

Gunung Jerai berpotensi sebagai pusat pelancongan sejarah

Pengunjung tetap Gunung Jerai dikenali sebagai Abdul Karim, 31, berkata terlalu banyak salah faham berlaku apabila orang ramai mendakwa berlaku perbuatan syirik dan amalan khurafat di Gunung Jerai, sedangkan kawasan itu mempunyai sejarah tersendiri.

Lagi berita Eksklusif: Demi cintakan negara, tangguh dahulu suap makanan

“Kami sebolehnya mahu jaga ketenteraman sekitar Gunung Jerai. Malah, kami turut bantu potong rumput, kutip sampah dan bersihkan seluruh kawasan ini setiap hari.

“Disebabkan itu, saya kata orang ramai tidak boleh nilai kami dengan hanya duduk bersembang selama satu atau dua jam sahaja. Mereka kena duduk dua atau tiga hari di sini, baru mereka dapat merasai ketenangan yang ada,” katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor juga dilaporkan berkata, tindakan melakukan amalan mandi di Gunung Jerai tidak boleh dianggap sebagai khurafat kerana perbuatan itu bergantung kepada niat individu.

Lagi berita Eksklusif: Demi cintakan negara, tangguh dahulu suap makanan

“Di puncak boleh nampak awan di bawah gunung dan pemandangan sawah, orang ramai boleh berkunjung kerana jalan yang runtuh akibat bencana kepala air siap dibaiki. Saya ingat tarikan ini yang perlu diketengahkan dan tak perlu sensasikan perkara lain,” katanya.

Author

Pilihan Editor