HomeSukanPelumba England 'terbang' ke arah penonton di Birmingham

Pelumba England ‘terbang’ ke arah penonton di Birmingham

SEORANG pelumba dalam acara basikal tergelincir ketika sedang berlumba menyebabkan pelumba-pelumba lain berlanggaran sesama mereka.

Pelumba England, Matt Walls cuba mengelak perlanggaran beramai-ramai tersebut tetapi malangnya beliau melanggar penghadang dan “terbang” ke arah penonton ketika beraksi pada saingan scratch lelaki 15 kilometer bersama pelumba-pelumba negara lain. Beliau diberi rawatan lebih 40 minit sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans.

Dua lagi pelumba, Matt Bostock dari Isle of Man dan Derek Gee dari Kanada turut dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan ringan, manakala dua penonton yang dilanggar tanpa sengaja oleh Walls menerima rawatan di tempat kejadian.

Ini adalah kemalangan ngeri kedua melibatkan acara berbasikal pada Sukan Komanwel pada tahun ini selepas pelumba tuan rumah, Joe Truman yang terhentak di bahagian bahu dan kepala. Selepas terjatuh, Truman terus pengsan di atas track perlumbaan Lee Valley VeloPark. Beliau mengalami kecederaan yang di mana beliau telah patah tulang selangka dan terpaksa mendapatkan bantuan pernafasan dari tangki oksigen selepas insiden yang berlaku dalam acara keirin lelaki bersama dengan pelumba Malaysia, Shah Firdaus Sahrom.

Oleh kerana kemalangan beramai-ramai tersebut, acara basikal tersebut tergendala buat sementara waktu dan track yang mengalami sedikit kerosakan selepas perlanggaran, dibaiki dengan serta merta oleh petugas di Birmingham.

Author

Pilihan Editor