JERUSALEM: Israel merekodkan 208 kes cacar monyet setakat ini, dengan 11 kes baharu dilaporkan dalam tempoh empat hari lepas, menurut Kementerian Kesihatan Israel pada Ahad.
Setakat ini, lebih 2,000 orang yang berisiko telah menerima dua dos suntikan vaksin, menurut kementerian itu, lapor Xinhua.
Israel pada akhir Julai mengumumkan program vaksinasi untuk golongan berisiko, dengan penghantaran 5,600 dos vaksin dihasilkan oleh firma Denmark Bavarian Nordic.
Penghantaran 4,400 dos lagi dijangka tiba pada September.
Kementerian menambah bahawa ia sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan kriteria penerima vaksin bagi memanfaatkan penggunaan semua dos serta membeli dos tambahan. – BERNAMA