HomeSukanPandelela jauhkan diri dari media sensasi, laporan negatif

Pandelela jauhkan diri dari media sensasi, laporan negatif

OLEH: ARRIAN ZAYNE

KUCHING: “Saya telah belajar untuk menjauhkan diri dari media sensasi yang suka memaparkan laporan negatif,” kata ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dalam satu ciapan akaun Twitternya.

Bersama kenyataan itu Pandelela turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah atas sokongan mempertahankan situasi beliau semalam.

Terdahulu, Abdul Karim menegur tajuk laporan daripada satu media arus perdana mengenai ratu terjun berkenaan telah digambarkan tidak cemerlang hingga gagal menyumbang pingat dalam Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.

Sementara, Pandelela yang dihubungi MEDIA VARIASI hari ini memberitahu ciapan akaun Twitter peribadinya sejak semalam telah menjelaskan isu yang ditulis oleh media arus perdana berkenaan.

Antara ciapan yang mendapat reaksi hingga 3,585 tanda suka adalah penjelasan beliau mengenai kondisi badannya yang sedang di fasa pemulihan ketika beraksi di Birmingham.

“Datang ke Birmingham, saya sentiasa memberikan yang terbaik dalam persiapan saya, kerana saya tahu betapa pentingnya acara ini untuk negara. Tetapi, proses pemulihan badan saya lebih perlahan daripada jangkaan sejak kembali dari Kejohanan Dunia Budapest, dan ia terus mengganggu saya walaupun selepas saya tiba,” ujarnya.

Mengakui keadan fizikal tidak 100 peratus cergas, atlet Sarawak itu mendapat respons positif daripada pengikutnya di Twitter.

“Saya mengakui bahawa saya bergelut dalam acara individu saya pada hari pertama. Kerana secara fizikal, saya tidak 100 peratus cergas. Saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan pantas dengan zon waktu tempatan,” jelasnya.

Pada masa sama, Pandelela menegaskan beliau amat berbangga dengan pencapaian pasukan terjun Malaysia sepanjang beraksi di Sukan Kommenwel 2022 kali ini.

“Namun begitu, saya amat berbangga dengan pasukan terjun Malaysia, terutamanya anak-anak muda yang bermain dengan baik kali ini. Ini hanyalah permulaan; Saya percaya pada masa-Nya. Anda perlu mengalami pasang surut untuk mendorong anda ke hadapan. Saya akan pulang ke rumah untuk bermuhasabah dan memulihkan kesihatan,” jelasnya lagi.

Author

Pilihan Editor