HomeBerita30 Ogos keputusan Emilia cabar Mahkamah Syariah

30 Ogos keputusan Emilia cabar Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR: Pada 30 Ogos ini penentuan keputusan permohonan bekas isteri Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin, Emilia Hanafi untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam memulakan prosiding komital kerana melanggar perintah mahkamah.

Berita berkaitan: Menteri, pendakwah kunci mulut kes Emilia dipaksa bogel di penjara 

Prosiding komital terhadap Emilia, 44, itu berhubung pelanggaran perintah mahkamah dalam isu lawatan bekas suami dan anak-anaknya.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat di sini hari ini.

Peguam Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir yang mewakili Emilia berhujah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tidak mempunyai bidang kuasa untuk memulakan prosiding komital terhadap anak guamnya.

Berita berkaitan: Menteri, pendakwah kunci mulut kes Emilia dipaksa bogel di penjara 

Ini kerana kerana kuasa untuk memulakan prosiding komital terhadap mana-mana individu tersebut hanya diberikan kepada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebagai mana dinyatakan dalam Perkara 126 Perlembagaan Persekutuan.

Sementara, Peguam Persekutuan Mohd. Sallehuddin Md. Ali menghujahkan, sekiranya pemohon (Emilia) ingin mencabar bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah yang dikatakan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan, permohonan itu sepatutnya difailkan di Mahkamah Persekutuan.

Mohd. Sallehuddin mewakili Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur dan Kerajaan Malaysia.

Berita berkaitan: Menteri, pendakwah kunci mulut kes Emilia dipaksa bogel di penjara 

Pada masa sama, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Faisal dan ibunya, Puan Sri Zaleha Ismail yang turut dinamakan sebagai responden menghujahkan, sejak dari awal permohonan komital dimulakan terhadap Emilia, wanita terbabit tidak pernah mengemukakan bantahan berkaitan pemaustautinnya.

Selain itu, peguam itu menyatakan peruntukan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur telah menyebut bahawa sama ada pasangan atau salah seorang daripada pasangan itu tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, maka tindakan undang-undang boleh dibuat oleh individu yang tinggal di Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat di sini hari ini.

Berita berkaitan: Menteri, pendakwah kunci mulut kes Emilia dipaksa bogel di penjara 

Emilia menamakan S.M Faisal, 43, bekas ibu mentuanya Puan Sri Zaleha Ismail, 70, dan lima pihak lain sebagai responden.

Turut dinamakan sebagai responden ialah Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur dan Kerajaan Malaysia.

Dalam permohonan itu, Emilia menyatakan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hanya mempunyai bidang kuasa mahkamah tempatan yang terhad berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 4 Akta Undang-Undang Keluarga (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berita berkaitan: Menteri, pendakwah kunci mulut kes Emilia dipaksa bogel di penjara 

Emilia memohon suatu deklarasi bahawa Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur tidak memiliki bidang kuasa untuk mendengar prosiding komital dan menghukum individu yang bukan pemastautin Wilayah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Emilia memohon suatu perintah larangan untuk menahan prosiding komital syariah iaitu permohonan kebenaran mengeluar Notis Tunjuk Sebab (NTS) di Mahkamah Tinggi Syariah yang difailkan oleh S.M Faisal.

Turut dipohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan itu dan NTS yang telah dimeterai.

Berita berkaitan: Menteri, pendakwah kunci mulut kes Emilia dipaksa bogel di penjara 

Pilihan Editor