HomeHiburanPemilik salun, Danny berang Anjoulie petik nama

Pemilik salun, Danny berang Anjoulie petik nama

AMPANG: Tidak pernah mengenali rapat atau bertentang muka, tiba-tiba nama pemilik salun Danny Rich dipetik Zarina Anjoulie menerusi ‘live’ di instagram milik artis kontroversi itu.

Menerusi TikTok therealdannyqaseh yang diulang siar di Fb Danny Rich Salon dengan lebih 5,000 tontonan, lelaki yang dikenali Danny itu berang terhadap tindakan Anjoulie yang dikatakan menohmahnya.

Berita berkaitan: Pemilik salun Danny habis RM130,000 ‘baiki’ hidung

“Hey perempuan ni, apahal cari pasal dengan aku? Ni aku baru Google namanya Anjue ada kes dadah pakwenya jambu.

“Alahai kau ingat pakwe kau nak sangat dengan kau? Ada anak tapi takde contoh langsung suka mengata orang buat review ntah apa-apa,” antara luahannya menerusi Tiktok berkenaan.

Dalam pada itu, Danny ketika dihubungi MEDIA VARIASI mengesahkan ia adalah luahan hatinya yang geram tindakan Anjoulie berkenaan.

Berita berkaitan: Pemilik salun Danny habis RM130,000 ‘baiki’ hidung

“Saya tidak pernah kenal dia, tidak pernah jumpa dia, kenapa dia petik nama saya dan persoalkan pula hal peribadi saya.”

“Dia artis dan saya dalam kelompok perniagaan kenapa saya pula diheret dalam publisiti murahannya.

“Mungkin taktiknya untuk menaikkan ‘rating’ dan cara ‘marketingnya’ setelah lama tidak cetus kontroversi, namun kenapa cari pasal dengan saya pula?

“Saya tidak pernah sentuh kehidupannya sebelum ini, kenapa pula nak cari publisti murahan dengan serang saya?

“Untuk naik jangan jatuhkan orang lain,” luah Danny.

Rata-rata netizen memberi komen bahawa ia adalah taktik pemasaran Anjoulie dengan mengatakan perkara buruk tentang orang lain.

Pada Jun lalu, Anjoulie diarah membayar denda RM4,000 selepas mengaku salah atas dakwaan memasukkan dadah ke dalam badan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman dipetik berkata keputusan dibuat Majistret Mohd Firdaus Saleh kelmarin dalam prosiding membabitkan selebriti berusia 34 tahun yang lebih dikenali sebagai Anju itu yang diawalkan semalam.

Berita berkaitan: Pemilik salun Danny habis RM130,000 ‘baiki’ hidung

Author

Pilihan Editor