HomeMV+BongkarPenuntut PhD genius dakwa dibuang universiti, data kajian dicuri

Penuntut PhD genius dakwa dibuang universiti, data kajian dicuri

KUALA LUMPUR: Sebelum ini kita sering dengar kisah mengenai bagaimana idea dan inovasi yang dicuri atau diciplak daripada pemilik asal, namun jarang ia diketengahkan.

Biasanya mangsa adalah golongan yang tidak tahu hak mereka dari sudut undang-undang, manakala pemangsa pula sama ada berkuasa atau yang tahu kelemahan sistem untuk dimanipulasi.

Berita berkaitan: UM lapor polis nafi dakwaan curi hasil kerja calon PhD

MEDIA VARIASI menerima aduan daripada seorang penuntut peringkat kedoktoran (PhD) berasal dari Yemen mendakwa dirinya dibuang Universiti Malaya, idea dan data kajiannya dicuri.

Abbod Ali Mohammed Saeed, 34, adalah seorang pemuda yang bijak kerana pada tahun 2015 dia memberi solusi kepada isu pengangkutan yang belum pernah ada di Malaysia iaitu mengggunakan pengimbas Meshlium untuk mengesan kenderaan.

Berita berkaitan: Isu calon PhD: Rakyat Yaman buat demonstrasi tuntut campur tangan kerajaan

Menerusi laporan polis dan Akuan Sumpah (SD) dikemukakannya, dia mendakwa sistem, kajian dan data PhD miliknya disalah guna oleh dua penyelia program yang dipercayai menggunakannya untuk kepentingan perniagaan peribadi mereka.

Pada awal 2015, Abbod memberi cadangan kepada penyelia untuk menggunakan pengimbas Meshlium dalam Advance Intelligent Transportation System (AITS) dan penyelia setuju ia dijadikan topik PhD.

Temubual eksklusif Media Variasi bersama pelajar PhD UM, Abbod Ali di UTC Keramat.

“Penyelia itu menawarkan kepada saya untuk menggunakan projek tersebut dalam syarikat penyelidikan UM dan kami berkongsi hak paten mengikut peraturan dan undang-undang UM.

Berita berkaitan: UM lapor polis nafi dakwaan curi hasil kerja calon PhD

“Namun setelah kajian selesai pada 2017 tiba-tiba kata laluan untuk akses ke sistem saya ditukar dan penyelia berkenaan memaklumkan sistem itu sudah menjadi hak milik syarikatnya yang tiada kaitan UM.

“Saya telah melaporkan isu ini kepada pengurusan universiti bagaimanapun selepas itu penyelia meminta saya meneruskan kajian kerana didakwanya yang sebelum ini tidak lengkap.

“Penyelia itu juga tidak membenarkan saya menggunakan peralatan bagi menyiapkan kajian kerana didakwanya itu milik syarikatnya.

“Saya telah mengadukan perkara ini kepada universiti, mereka berjanji untuk selesaikan isu ini dengan melanjutkan tiga semester dan menyediakan peralatan yang diperlukan namun saya dapati tiada peralatan disediakan di makmal universiti.

“Dalam semester kedua, pada April lalu saya dikejutkan dengan surat pemberhentian pengajian secara tiba-tiba, saya rasa dianiaya, dibuli, dipergunakan untuk kepentingan mereka,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Isu calon PhD: Rakyat Yaman buat demonstrasi tuntut campur tangan kerajaan

Abbod telah membuat laporan polis pada 14 Ogos lalu dan surat Akuan Sumpah pada Sabtu turut mendakwa memiliki semua bukti dan dokumen yang mengesahkan idea, cadangan, kertas kerja dan data kajian adalah miliknya.

Dia juga mengemukakan aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia setelah lapan bulan aduannya kepada Kementerian Pengajian Tinggi tidak mendapat maklum balas.

Lebih mengejutkan, Abbod mendakwa insiden yang sama berlaku kepada beberapa pelajar tempatan iaitu hasil kerja mereka dicuri dan tempoh pengajian menjadi terlalu lama.

Berita berkaitan: UM lapor polis nafi dakwaan curi hasil kerja calon PhD

“Ada pelajar Sarjana yang menghabiskan tujuh tahun untuk menyiapkan hasil kerjanya namun tidak tahan berhadapan penyelia yang agresif,” katanya.

Rentetan insiden itu, Abbod mendakwa telah mengalami tekanan dan kemurungan.

“Salah guna kuasa telah berlaku dengan mengambil data kajian saya selama tujuh tahun diusahakan, menghalang saya mendapatkan data kajian yang saya usahakan, tidak memberi penyelia lain, dihalang menjalankan eksperimen akhir untuk melengkapkan PhD dan membuat laporan penilaian yang palsu sehingga saya dibuang.

“Saya sudah habis beratus ribu ringgit demi mendapat ilmu di Malaysia dari peringkat Ijazah sehingga PhD walau ambil masa 15 tahun pengajian saya sudah berada di peringkat ini.

“Kali ini saya dimalukan, diberi maklumat salah dan gambaran salah mengenai diri saya.

Berita berkaitan: Isu calon PhD: Rakyat Yaman buat demonstrasi tuntut campur tangan kerajaan

“Walaupun mereka beragama Islam tetapi tidak mengamalkan prinsip Islam yang tidak menganiaya, tidak menzalimi  orang lain.

“Saya mohon pihak polis, pihak Kementerian Pengajian Tinggi membuat siasatan semoga saya pelajar terakhir yang menerima nasib sebegini.

“Saya mahu habiskan PhD saya dan pulang ke Yemen memandangkan ibu saya juga sedang sakit,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Mohd Hamdi Abd Shukor ketika dihubungi MEDIA VARIASI memaklumkan akan meneliti laporan itu.

Berita berkaitan: UM lapor polis nafi dakwaan curi hasil kerja calon PhD

Berita berkaitan: Isu calon PhD: Rakyat Yaman buat demonstrasi tuntut campur tangan kerajaan

Author

6 COMMENTS

  1. Assalamu alaikum,

    What happened to the researcher Aboud is unfortunate and unexpected at a prestigious university such as Malaya University!! I strongly condemn this arbitrariness and injustice against doctoral researcher Aboud, and I call on the vice-chancellor of the University of Malaya to do justice, rehabilitation, and compensation for him, and hold those responsible for the injustice and defamation suffered.

    Deans of faculties, heads of departments as well as supervisors at University Malaya deal with researchers with remarkable disregard, claiming that they are above the law and not held accountable by higher authorities! And so the injustice, humiliation, and robbery of researchers continue, and I say all this because I graduated from this university a few years ago.

    I have left Malaya University and Malaysia as a whole, and unfortunately, I say that I have no affection for the University and its officials, for ever.

    Brothers, please review your approaches to your students and researchers. These researchers serve the university and its international ranking. They do their best and take nothing from it.

    And in Allah’s control is the result of all matters.

  2. I condemn the university sudden decision. They should have make an investigation and find the main reason of the delay in his study instead of dismiss the researcher.

    The University has all his study history and performance as he was in UM since his bachelor degree. Yaman send their best students to study in Malaysia and Aboud was one of them.

    Very sorry to hear this news

  3. I am very saddened and shocked to read this, Abood is one of the most intelligent and kind of friends I ever had. He is honest and hardworking person. UM should reconsider the decision and listen to the student appeal. I am sure and I know Abood for more than a decade he is honest on what he said.
    May Allah stand by his side

Pilihan Editor