HomeSukanPerpindahan Antony ke Manchester United tidak profesional

Perpindahan Antony ke Manchester United tidak profesional

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

PENGENDALI Ajax Amsterdam, Alfred Schreuder nampaknya masih belum dapat menerima penghijrahan Antony ke Manchester United. Dia menilai penyerang itu tidak bersikap profesional dalam menangani situasi perpindahan.

Bukan lagi menjadi satu rahsia kerana Antony memang menjadi buruan Manchester United pada musim panas ini. Bekas jurulatih Ajax, Erik ten Hag berkeinginan mendapatkan khidmat penyerang Brazil itu ke England.

Namun usaha United itu menemui jalan buntu. Selama dua bulan mengejar Antony, tawaran dikemukakan kepada kelab itu sentiasa ditolak.

Situasi ini membuat Antony dalam dilema dan melancarkan mogok enggan mengikuti sesi latihan selama hampir dua minggu dan akhirnya Ajax menyerah dan menjualnya ke United.

Schreuder mengulangi dan mengakui sangat kesal dengan sikap Antony.

“Ya, saya rasa Antony sepatutnya mendapatkan banyak denda akibat kelakuannya itu. Saya tidak berasa tindakannya itu baik dan itu tidak dibenarkan dalam kelab kami.

“Ketika anda bermain dengan kelab seperti Ajax dan dia bertindak seperti itu, maka anda tahu ini adalah situasi yang buruk,” kata Schreuder.

Menurut lelaki berusia 49 tahun kelahiran Barneveld itu lagi, aksi mogok Antony sangat merugikan pasukan dan menjadikan persiapan mereka sedikit terganggu.

Bagaimanapun, Schreuder tidak perlu terlalu lama untuk berhadapan dengan situasi itu selepas gergasi Belanda itu pada akhirnya memutuskan menjual Antony. Manchester United pula sanggup berbelanja besar dengan nilai €100 juta.

Author

Pilihan Editor