SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor menggalakkan rakyat untuk menyegerakan aduan kepada pihak berkuasa jika terjebak dalam kes penipuan dalam talian atau scammer.
Berita berkaitan: Pakar perubatan tegur sekuriti CIMB lemah, RM13,000 ‘ghaib’
Ini berikutan, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni percaya ramai lagi yang menjadi mangsa penipuan berkenaan namun, tidak atau belum tampil membuat aduan.
Katanya, berdasarkan maklumat diterima, memang berlaku peningkatan pada graf aduan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.
Berita berkaitan: Pakar perubatan tegur sekuriti CIMB lemah, RM13,000 ‘ghaib’
“Kalau dilihat daripada graf aduan diterima oleh KPDNHEP Negeri Selangor dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Julai tahun sama, jumlah aduan diterima ialah 4,608 aduan.
“Kategori aduan tertinggi yang dikesan membabitkan transaksi dalam talian sebanyak 1,156 aduan.
“Jadi dengan jumlah yang ada ini saya percaya ada banyak lagi yang tidak mengadu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Kesedaran Penipuan Dalam Talian dan Pelancaran Aplikasi Whoscall di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.
Berita berkaitan: Pakar perubatan tegur sekuriti CIMB lemah, RM13,000 ‘ghaib’
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan terus membantu pihak yang gigih berusaha menangani jenayah penipuan melalui media sosial.
Pihak Whoscall antara yang komited mempromosi dan mengadakan kempen kesedaran mengenai jenayah berkenaan
Justeru, beliau memuji usaha dilakukan syarikat atau badan bukan kerajaan (NGO) seperti Whoscall untuk membantu masyarakat melalui penganjuran forum dan pelancaran aplikasi seperti itu.
“Penglibatan banyak pihak dalam menangani penipuan dalam talian di negeri Selangor sekaligus dapat mengurangkan jumlah kejadian jenayah dan penipuan melalui media sosial daripada terus berlaku,” katanya.