HomeNiagaKeluar dari stereotaip cantik, dua wanita terokai bisnes TV Android

Keluar dari stereotaip cantik, dua wanita terokai bisnes TV Android

WANGSA MAJU: Jarang kita dengar golongan wanita menceburi perniagaan berbentuk teknikal atau teknologi di Malaysia.

Bagai memecahkan ruyung untuk mendapat sagunya, begitulah keberanian yang dilakukan oleh usahawan kecantikan, Khaty Halid dan Hani Diyana apabila berani membuka bisnes TV Android iaitu Clix.

Dua jelitawan ini menjadi pelopor wanita dalam memperkenalkan TV Android yang memerlukan wifi dan akaun langganan stesen televisyen (TV) berbayar.

Khaty berkata, pengguna perlu menstrim kandungan di saluran berkenaan, Clix tidak menyokong aktiviti penstriman haram.

Khaty (kiri) bersama Hani.

“Kami sebenarnya mencabar diri kami sebab lambakan produk kurus dan kecantikan, jadi kita beralih ke sesuatu yang luar kotak.

 

“Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada yang lain,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Clix di sini.

Dalam pada itu, Hani berkata, idea untuk melahirkan teknologi ini adalah bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Orang ramai tidak boleh keluar, dan segala aktiviti berpusat di rumah jadi di sinilah kami dapat idea.

“Kami harap semua penghuni rumah akan menggunakan khidmat kami kerana ia paling termurah di pasaran,” katanya.

Author

Pilihan Editor