CYBERJAYA: Seorang pakar perubatan, Dr Rafidah Abdullah terkejut apabila wang simpanannya dalam akaun bank CIMB ‘ghaib’ dalam masa setengah jam!
Berita berkaitan: Isu maklumat bocor didakwa makin serius, Akta PDP perlu dipinda – PKR
Kejadian dilaporkan berlaku antara jam 2 hingga 2.30 pagi tanpa ada makluman diberitahu sistem.
Pemilik akaun Facebook Rafidah Abdullah itu meluahkan rasa kecewa dan terkejut beliau di FB miliknya itu.
Berita berkaitan: Isu maklumat bocor didakwa makin serius, Akta PDP perlu dipinda – PKR
“Saya sudah buat laporan polis, CIMB, bank yang menerima duit saya (Hong Leong), email semua dan saya telah hantar laporan ke Bank Negara Malaysia.
“Sudah hampir 30 tahun dengan CIMB, hari ini sangat sangat kecewa dengan CIMB, langsung tiada sekuriti.
“Takkan lah 3 transaksi melalui CIMB click berjumlah RM13 ribu pada 2-2:30 pagi tidak ada trigger langsung? Langsung tidak ada minta TAC. Lesap sekelip mata.”
“This is absolutely ridiculous. Nampaknya duit TIDAK SELAMAT dengan CIMB bank. Saya dah report ke CIMB, polis dan sebagainya. Setakat ini feedback adalah kalau scammer dah keluarkan duit, duit itu tidak akan dapat dipulangkan,” tulisnya di FB berkenaan.
Berita berkaitan: Isu maklumat bocor didakwa makin serius, Akta PDP perlu dipinda – PKR
Dr Rafidah sudah hilang kepercayaan kepada CIMB dan akan tutup akaun pada masa terdekat.
Tambah Rafidah, dia menggunakan iPhone dan tidak memuat naik aplikasi pelik.
“Saya harap Bank Negara Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap CIMB dan mana-mana bank yang memberi laluan perompak merompak hak rakyat Malaysia.
“Saya dimaklumkan CIMB bahawa kejadian berlaku kerana ada satu nombor didaftarkan dengan maklumat peribadi saya dan ia tidak memerlukan TAC.
“Dah kenapa pulak??? Saya demand CIMB untuk perketatkan sekuriti, hanya beri satu nombor sahaja untuk CIMB click dan kalau ada daftar tukar “phone baru atau lain”, tolonglah hubungi tuan punya akaun,” katanya.
Berita berkaitan: Isu maklumat bocor didakwa makin serius, Akta PDP perlu dipinda – PKR
Isu kelemahan sekuriti CIMB bukanlah perkara baharu dan sudah banyak insiden sebelum ini, seharusnya Bank Negara lakukan sesuatu untuk melindungi pendeposit di bank tempatan.
Pada April lalu, beberapa pemegang akaun CIMB menzahirkan kekecewaan dan menuntut penjelasan daripada bank CIMB berhubung satu transaksi ‘direct debit’ dalam akaun mereka.
Insiden tersebut berikutan tular para pengguna masing-masing memuatnaik paparan tangkap layar akaun menunjukkan berlaku transaksi yang disifat sebagai meragukan.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik itu, pemegang akaun didapati hilang antara RM10 hingga lebih RM3,000 dalam akaun mereka.