HomeSukanE-sukanTopson bersedia ke kancah DOTA 2 dengan pasukan baharu

Topson bersedia ke kancah DOTA 2 dengan pasukan baharu

OG mendedahkan bahawa Topias Taavitsainen (Topson) akan kembali semula ke kancah kompetitif DOTA 2 dengan sebuah pasukan baharu.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif OG, Juan M. R. Luna menerusi satu video montaj yang dimuat naik di YouTube rasmi mereka.

Video yang berdurasi 15 minit itu menayangkan sisi kehidupan Topson yang kini bermastautin di Malaysia bersama keluarganya yang tercinta.

Juan Luna dalam video tersebut mengucapkan terima kasih kepada pemain lorong tengah itu untuk lima tahun kariernya bersama OG dan mengharapkan yang terbaik buatnya nanti.

Topson kini dikhabarkan sudah bersedia untuk mencari pasukan yang sesuai untuknya bagi menghadapi saingan kelayakan terbuka kejohanan dunia The International tahun ini yang akan berlangsung di Singapura Oktober nanti.

OG juga tidak menolak kemungkinan bahawa Topson akan kembali ke dakapan mereka selepas sahaja temasya DOTA 2  terbesar dunia itu berakhir nanti.

Sumber: sentrum.my

Authors

Pilihan Editor