HomeBeritaKanak-kanak warga asing mangsa rogol diserah ke JKM

Kanak-kanak warga asing mangsa rogol diserah ke JKM

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (SRIKANDI) berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana menerima dua kanak-kanak mangsa rogol oleh jiran mereka.

Presiden SRIKANDI, Datuk Norasyikin Abdul Ghani berkata, walaupun polisi JKM mengutamakan perlindungan ke atas warganegara tetapi dalam isu kemanusiaan seperti ini mereka sudi menerima.

“Seorang doktor yang memeriksa dua kanak-kanak itu berkata pembabitan masyarakat seperti NGO dan sebagainya untuk membantu kanak-kanak bukan warganegara yang menjadi mangsa rogol agak kurang.

“Walaupun kanak-kanak ini tidak memiliki dokumen kerana kesilapan ibu bapa mereka, tidak wajar kesalahan itu diletakkan berganda kepada mereka.

“Ini membuktikan sikap masyarakat kita yang kurang ambil endah apa yang berlaku depan mata mereka.

“Saya menyeru mana-mana pihak, NGO dan  individu bersama sama membanteras dan membendung perkara seperti berlaku di dalam negara kita atau melaporkan kepada pihak yang berkuasa,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Baru-baru ini SRIKANDI berjaya selamatkan dua kanak-kanak berusia 11 dan lapan tahun daripada terus menjadi hamba seks jiran-jiran mereka, warga Bangladesh dan Indonesia.

Mangsa adalah adik beradik warga Indonesia yang kematian ibu mereka sejak Mei lalu, kejadian rogol diceritakan semula kepada bapa mereka yang baharu tiba di Malaysia dari Indonesia.

Namun pelaku Bangladesh berjaya melarikan diri.

Kejadian ini dimaklumkan kepada unit khas SRIKANDI kerana bapa mereka bimbang untuk membuat laporan polis berikutan tiada dokumen perjalanan lengkap bagi kesemua beranak itu.

Dalam pada itu, SRIKANDI menyeru NGO bangkit mengekang jenayah rogol, cabul ke atas kanak-kanak, wanita tanpa mengira bangsa dan negara.

Norasyikin berkata, ketika ini masih jenayah tertutup seperti rogol, cabul kurang didedahkan umum kerana alasan mahu menjaga aib dan masa depan mangsa.

“Tetapi dalam hendak menjaga aib itu, yang terlepas adalah suspek atau pelakunya.

“Berbeza jenayah kolar putih, jenayah merompak atau rasuah, suspek khususnya membabitkan keluarga tidak didedahkan wajah mereka.

“Tidak seperti di luar negara, sebelum didakwa pelaku jenayah seperti rogol ini ditularkan terlebih dahulu demi mencegah daripada terkena kepada mangsa lain pula.

“Hak asasi kanak-kanak dan wanita di negara ini untuk rasa selamat seolah-olah dinafikan.

“Pelakunya ada yang melarikan diri dan bebas di luar sana kita tidak tahu berapa ramai lagi mangsa,” katanya.

Baru-baru ini SRIKANDI berjaya selamatkan dua kanak-kanak berusia 11 dan lapan tahun daripada terus menjadi hamba seks jiran-jiran mereka, warga Bangladesh dan Indonesia.

Mangsa adalah adik beradik warga Indonesia yang kematian ibu mereka sejak Mei lalu, kejadian rogol diceritakan semula kepada bapa mereka yang baharu tiba di Malaysia dari Indonesia.

Namun pelaku Bangladesh berjaya melarikan diri.

Kejadian ini dimaklumkan kepada unit khas SRIKANDI kerana bapa mereka bimbang untuk membuat laporan polis berikutan tiada dokumen perjalanan lengkap bagi kesemua beranak itu.

Author

Pilihan Editor