KUALA LUMPUR: Pemilik salun, Danny Rich, mempersoalkan niat bapa saudara (uncle) kepada selebriti Zarina Anjoulie atau Anju yang menulis perkataan ‘renovation’ dalam resit bayaran sebanyak RM90,000 ketika urusan pembelian perniagaan salun miliknya.
Danny menjelaskan ‘uncle’ Anju menulis ‘ambil alih’ di resit bayaran RM10,000 dan menerima kunci kedai.
“Yang sebenarnya hanya RM10,000 bayaran untuk ambil alih kedai manakala RM90,000 lagi dia tulis ‘renovation’, saya pun pelik kenapa tulis renovation tetapi mendakwa itulah bayaran pembelian kedai.
“Kami sebelum itu bersetuju pada harga RM240,000 untuk ambil alih perniagaan tanpa ada syarat.
“Akan tetapi apabila saya meminta baki pembayaran, ‘uncle’ Anju memberi syarat ini seperti berikut; pertama saya tidak dibenarkan berniaga salun untuk lima tahun; kedua, selepas lima tahun saya boleh berniaga dengan jarak 10 kilometer dari salun Danny Rich Saloon di Jalan Taman Cempaka Ampang ini.
“Saya tidak setuju kerana saya nak cari makan apa jika saya tak boleh buka salun lain, hanya itu pekerjaaan yang saya tahu sejak 20 tahun operasi salun Danny Rich Saloon.
“Syarat seterusnya adalah ‘uncle’ itu mahu semua akaun media sosial Danny Rich Saloon, saya masih terima walaupun rasa tertindas. Saya sudah biasa susah bermula dari bawah.
“Syarat seterusnya adalah selagi ‘uncle’ Anju tidak habis bayar ‘balance’ RM140,000 itu segala kerosakan yang berlaku dalam kedai di bawah tanggungjawab saya, aneh bukan keuntungan dia dapat tapi jika ada kerugian bawah saya,” katanya ketika menghubungi MEDIA VARIASI.
Susulan isu tidak setuju dengan syarat berkenaan, Danny telah menukarkan syarat perjanjian agar dia dibenarkan meneruskan apa yang diminatinya.
“Apabila tak setuju dengan syarat baharu saya, ‘uncle’nya terus nak ‘cancel’ pembelian kedai dan tidak menjelaskan baki bayaran.
“Sebenarnya saya berurusan dengan isteri kedua ‘uncle’ Anju dan saya tidak tahu pun ada kaitan dengan Anju, hanya tahu hubung kait ini selepas Anju buat live kata saya perdayakan ‘uncle’nya.
“Saya kata jika tak setuju, saya boleh pulangkan balik duitnya tetapi kena ikut undang-undang tetapi sebaliknya dia buat laporan polis dan saya didakwa di bawah Akta Amla.
“Saya buat laporan polis untuk ambil alih salun sebab dia tak habis bayar, saya rasa isu ini akan terus berpanjangan dengan campur tangan Anju,” katanya.
Terdahulu, Danny dikatakan pernah mohon maaf tetapi Anju tidak layan kerana mengganggap ia tidak ikhlas disebabkan Danny masih meneruskan “live” berbaur tohmahan terhadapnya.
Anju ketika menghubungi MEDIA VARIASI berkata, ‘uncle’nya membeli perniagaan Danny dengan harga RM100,000 tetapi mendakwa Danny sudah habiskan duit itu di Thailand untuk pembedahan hidung.
Anju juga mendakwa Danny memperdayakan ‘uncle’nya sebab sebenarnya kedai itu kontrak akan habis dalam lima bulan lagi dan kena pindah.
Kata Danny, sebenarnya dia menjual perniagaan bukan kedai… dan pemilik kedai bersetuju untuk memberi ‘uncle’ Anju sambung kontrak sewaan selama setahun dan akan bersambung lagi dan lagi jika ‘uncle’ Anju berminat untuk sambung sewa kedai.
MEDIA VARIASI sebelum ini menyiarkan luahan Danny yang mendakwa tidak pernah mengenali rapat atau bertentang muka, tiba-tiba nama pemilik salun Danny Rich dipetik Anju menerusi ‘live’ di instagram milik artis kontroversi itu.
Terdahulu, kisah Danny pernah tular selepas membuat sidang media bersama peguamnya keadaan hidungnya rosak akibat pembedahan oleh pihak yang tidak bertauliah atau memiliki lesen LCP khusus untuk pembedahan seperti liposuction dan sebarang pembedahan seperti hidung.
Sementara itu, Anju menjelaskan dia memang ada buat review mengenai klinik kecantikan itu tetapi memaklumkan Danny telah membuat pembedahan hidung di tempat lain sebelum ke klinik berkenaan.
Jelas Danny pula dia cuba mendapatkan ‘treatment’ di klinik yang diiklankan Anju.