KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan positif COVID-19 hari ini.
Pejabat Dr Mahathir dalam satu kenyataan memaklumkan Dr Mahathir telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan.
“Tun Dr Mahathir bin Mohamad disahkan positif Covid-19 pagi ini,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA